Categories: Gaya Hidup

Neelofa Dapat Inspirasi Kisah Puteri Disney

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengambil inspirasi daripada kisah-kisah Puteri Disney yang menjadi kegemaran ramai.

Menerusi jenama fesyen Naelofar, bekas hos Nona TV3 itu menjalin kolaborasi dengan jenama antarabangsa, Disney X Naelofar Princess Collection.

“Menerusi koleksi baharu yang mempesonakan ini, kami teruja untuk mengambil inspirasi daripada kisah-kisah sepanjang zaman Disney yang menjadi kegemaran ramai. Kami menzahirkan ia dengan cara tersendiri.

“Jenama kami percaya bahawa keberanian adalah suara yang boleh dimanfaatkan melalui diri kita sendiri,” katanya.

Tambah ibu dua cahaya mata ini, setiap karakter yang ditampilkan dalam kolaborasi ini ada kisah tersendiri.

“Koleksi ini menampilkan kisah Aurora daripada Sleeping Beauty, Belle dari Beauty and the Beast, Rapunzel dari Tangled dan Cinderella.

“Setiap puteri menyampaikan mesej bahawa kekuatan sebenar datang dari dalam diri dan mencerminkan perjalanan mereka dengan cara yang menakjubkan,” kata Neelofa.

Koleksi Disney x Naelofar Princess terdiri daripada hijab, jumper dan beg yang menarik; kini boleh didapati melalui butik runcit Naelofar, Naelofar.com, Shopee, Lazada dan stokis sah.

Padin