“Perkara Itu Tak Wujud & Satu Fitnah” – Ubai Nafi Mahu Bercerai Dengan Shila Amzah

Minggu lalu timbul satu dakwaan yang mengatakan rumah tangga pempengaruh, Ubai MZ dan isteri yang juga penyanyi, Shila Amzah sedang bermasalah sehingga mahu bercerai.

Terbaharu, menurut laporan Harian Metro, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli tampil menafikan dakwaan tersebut malah memaklumkan dia dan Shila kini sedang bahagia bersama.

“Mula-mula Shila yang perasan hantaran itu di Facebook dan dia terus maklumkan kepada saya. Pada awalnya saya okey saja sebab perkara begini kita tak boleh nak elak. Zaman fitnah semakin berleluasa.

“Cuma disebabkan perkara ini, saya disoal orang luar yang ingin mengetahui keadaan emosi serta proses perceraian sedangkan perkara itu tidak wujud dan satu fitnah.

“Kami bahagia saja di rumah. Tiada masalah apapun, malah lebih mengenali Shila dengan lebih dekat,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ubai turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mengeluarkan berita yang tidak benar itu sehingga menimbulkan fitnah.

“Ada blogger yang sengaja sensasikan berita itu dengan menulis tajuk berita kononnya hubungan kami ada masalah dan dedahkan puncanya, sedangkan hubungan kami baik-baik saja.

“Apabila perkara ini berlaku, saya seboleh mungkin bersabar dan tidak ambil peduli tapi apabila keluar cerita sebegini membuatkan saya tidak boleh berdiam diri.

“Janganlah disebabkan nak tajuk yang sensasi, mereka sanggup ajak orang lain tabur fitnah dan berkata perkara yang tidak baik,” katanya.

Terdahulu, Shila turut memberi respons mengenai perkara itu apabila ada individu memaklumkan kepadanya mengenai artikel palsu yang mendakwa rumah tangganya goyah.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Didakwa Goyah, Ini Respons Shila Amzah – “Sebab Tu Jangan Main FB”

Untuk rekod, Ubai dan Shila melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu

Pada majlis yang cukup indah itu, Shila atau nama lengkapnya Nur Shahila Amir Amzah, menerima mas kahwin sebanyak RM20,000

ARTIKEL BERKAITAN: Dengan Sekali Lafaz, Shila Amzah Sah Bergelar Isteri Kepada Ubai MZ

ARTIKEL BERKAITAN: Baju Pink Sendat Jadi Usikan, Shila Amzah Rehat Guna Media Sosial? – “Ia Menjadi Tempat Agak Toksik Untuk Saya”

Sumber: Harian Metro

Khairil Khusyairi