Categories: Hiburan

Letup! Segak Bergaun Merah Ketika Sambut Birthday Ke-70, Normah Damanhuri Terima Gelang Emas Seberat 80g Dari Kak KM

Usahawan terkenal Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli tampil berkongsi penampilan ibunya, pelakon senior Normah Damanhuri ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-70 tahun.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Kak KM menerusi sebuah hantaran video di Instagram, semalam.

Dalam perkongsian tersebut, Normah kelihatan segak mengenakan gaun besar berwarna merah hati ketika berjalan masuk ke dalam dewan sambutan majlis hari jadi.

Menurut Kak KM, dia sangat bahagia apabila dapat membuat ibunya gembira dan sempat menitipkan doa kepada pelakon itu agar sihat selalu.

“Selamat ulang tahun ke-70 tahun bonda ku tercinta… Bila dapat buat mak bahagia, tu lah kebahagiaan sayang.

“Sayang doakan mak sentiasa dalam lindungan Allah semoga Allah panjangkan umur mak sihat tubuh badan jauh dari segala penyakit terutamanya penyakit hati.

“Sayang mintak Allah sentiasa tenang kan jiwa kita smua. Sayang sayang mak sangat,” tulisnya.

Dalam perkongsian lain, Kak KM turut memberikan gelang emas seberat 80g kepada ibunya sekali gus membuatkan pelakon itu tersentuh dengan pemberian anaknya.

“Hadiah untuk mama tahun ini. Cantik tak mak? Hadiah ni mak tak boleh nak buka-buka dah. Pakai terusan. Ini bukan biasa-biasa. padu ya.

“Satu ketul ni berat dia 40g, jadi dua 80g. Kita tak bagitahu harga, kita bagitahu berat,” katanya.

Kagum dengan sikap usahawan itu yang sering membuat ibunya gembira, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons di ruangan komen.

 

Fatin Nurain