“Saya Tak Pernah Keluar Mencari Atau Rancang Untuk Kahwini Mereka” – Isu Cerai Noor Nabila, Engku Emran Titip Ucapan Penghargaan Buat Bekas Isteri

Susulan isu perceraiannya bersama usahawan yang juga kakak kepada selebriti popular, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor, Engku Emran akhirnya tampil meluahkan rasa penghargaan terhadap tiga wanita penting yang pernah hadir dalam hidupnya.

Menurut Engku Emran Zainal Abidin, 48, dia bersyukur kerana takdir Allah telah mempertemukannya dengan tiga wanita hebat yang akhirnya menjadi menantu kepada arwah ibunya, Salmah Abu Bakar yang meninggal pada Julai lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Emran mengakui bekas isterinya iaitu, Erra Fazira, Laudya Cynthia Bella dan Noor Nabila begitu memberi makna dalam kehidupannya.

“Saya selalu bertanya kepada Allah kenapa dia mempertemukan saya dengan ketiga-tiga insan hebat itu untuk menjadi menantu kepada arwah ibu saya.

“Saya tak pernah keluar mencari mereka atau merancang untuk mengahwini mereka, namun mereka hadir ke dalam hidup saya dalam proses kerja dan jatuh cinta.

“Seorang daripada mereka (Erra) berikan seorang cahaya mata. Seorang lagi (Bella) perkenalkan saya kepada orang-orang hebat di Indonesia dan menunaikan haji bersama saya.

“Dan seorang lagi (Nabila), menjadikan saya anak yang lebih baik untuk Mummy. Jadi, itu semua takdir pertemuan kami,”katanya.

Dalam pada itu, Emran juga memaklumkan, dia kini berada dalam keadaan baik selepas pelbagai spekulasi timbul berkenaan dirinya termasuklah kisah perceraiannya bersama Noor Nabila.

“Saya terima banyak mesej daripada orang luar, kawan-kawan, rakan sekerja dan keluarga yang bertanyakan sama ada saya okay.

“Saya tahu anda semua risaukan keadaan saya mengenai ‘sampah-sampah’ yang bertebaran di alam siber. Saya tahu, ia kadang kala tak dapat dielakkan kerana cerita-cerita ini muncul tanpa anda cari.

“Apapun, saya ingin maklumkan bahawa saya okay dan begitu juga Aleesya,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:”Dah Tua Bangka Pun, Merajuk Padam Gambar!” – Gara-Gara ‘Archieve’ Gambar Suami Di IG, Netizen Mohon Noor Nabila Lebih Matang

ARTIKEL BERKAITAN:”Memang Wajib Kena Post Gambar Bahagia Selalu”- Perkahwinan Didakwa Goyah, Noor Nabila Kongsi Foto Dengan Suami Sempena Birthday

ARTIKEL BERKAITAN: “Mana Suami Nabila?” – Isteri Berangkat Tunai Umrah, Netizen Persoal Keberadaan Engku Emran

ARTIKEL BERKAITAN: “Family Man Sangat” – Gelagat Sharnaaz Ahmad Iring Jebat & Nabila Tunai Umrah Raih Pujian

Dalam hantaran sama, Emran turut berkongsi mengenai arwah ibunya yang sentiasa dirindui sekaligus memaklumkan mengenai keadaan dirinya dan anak perempuannya, Engku Aleesya.

“Saya nak beritahu kepada semua, saya okay  begitu juga dengan Aleesya.

“Seperti yang selalu saya beritahu Mummy (ibu), kita tak dapat kawal orang menulis apa-apa mengenai kita, tapi, kita boleh kawal apa yang kita baca.

“Satu rahmat apabila Mummy tidak lagi dapat membawa cerita-cerita itu kerana dia sudah tidak ada, sebab saya tahu, dia akan sangat kecewa kalau masih ada dan membaca mengenainya.

“Sepanjang hayat Mummy, dia sentiasa membantu mereka yang memerlukan dan menyelamatkan banyak nyawa kerana dia pernah bekerja dalam bidang kesihatan,” ujarnya.

 

Terdahulu, pada Jumaat, Noor Nabila dilaporkan bakal bercerai dalam waktu terdekat, selepas dua tahun mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran.ARTIKEL BERKAITAN:Noor Nabila & Engku Emran Bakal Bercerai

ARTIKEL BERKAITAN:Kongsi Quotes Berbaur ‘Kehilangan’ Cinta, Status Noor Nabila Cetus Tanda Tanya – “Life Is A Wild Ride…”

Salma Syahbuddin