Categories: HiburanSelebriti

Nurul Shuhada Kongsi Pesanan & Doa Janna Nick Ketika Jalani Ibadah Umrah – “Kau Mesti Bahagia…”

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri tampil berkongsi pesanan dan doa yang dititipkan oleh aktres Janna Nick ketika menjalani ibadah umrah.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Shuhada menerusi sebuah perkongsian di Instagram, sebentar tadi.

Shuhada yang mesra disapa Shu turut memuat naik gambarnya bersama Janna di hadapan jam besar di Masjidil Haram, Makkah.

Dalam perkongsian tersebut, Janna menyatakan dirinya akan selalu mendoakan kebahagiaan bekas isteri Hafidz itu dan berpesan untuk menjaga anak-anaknya, Humairah dan Umar dengan baik.

“Janna : Aku doakan yang terbaik untuk kau Shu, kau mesti bahagia dengan anak anak, jaga diorang (dia orang) baik baik🤍 Kinah : Allah uji sebab Allah sayang Shu, Allah uji sebab Allah nak bagi yang lebih baik 🎀

“Psst //: bergurau macam tu jelah kitorg, no heart feelings 🫰🏻sayang korang lillahitaala,” tulisnya.

Tersentuh dengan perkongsian itu, rata-rata pengikutnya turut mendoakan agar Shuhada sentiasa kuat dan tabah mengharungi ujian hidup.

Terdahulu, Hafidz dan Shuhada telah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016, namun bercerai pada 27 Julai lalu.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Humairah dan Umar.

Fatin Nurain