Duet Lagu ‘Lemak Manis’ Bersama Haziq Rosebi, Aina Abdul Teruja Wirawati Tun Dr Siti Hasmah Petik Piano – “Tak Pernah Terlintas Jumpa Beliau”

Penyanyi popular, Aina Abdul meluahkan rasa terharu apabila diberi peluang untuk berjumpa dengan Wirawati Tun Dr Siti Hasmah, isteri kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Aina berkongsi sebuah video memaparkan Dr Siti Hasmah sedang memetik piano disampingnya bersama penyanyi, Haziq Rosebi.

Berdasarkan hantaran di Instagram Story (IGs) Haziq, mereka sedang menyanyikan lagu berjudul Lemak Manis, iaitu lagu kegemaran Dr Siti Hasmah.

“Tak permah terlintas yang suatu hari nanti, Aina akan berjumpa dengan Wirawati, Tun Dr Siti Hasmah.

“Apa lagi bersama Haziq, kami menyanyi beberapa lagu bersama ditemani oleh Tun Siti Hasmah.

“Ini video kami menyanyikan lagu Lemak Manis bersama Haziq Rosebi, lagu kegemaran saya,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rakan selebriti serta peminat-peminat pemenang Penyanyi Wanita Popular Anugerah Berita Harian ke-35 (ABPBH 35) ini meluahkan rasa teruja atas pencapaiannya itu.

Malah, ramai juga dalam kalangan mereka meminta pelantun lagu Terus Hidup ini untuk mengeluarkan single bergenre tradisional digandngkan bersama Haziq.

Aqilah Paharuzi