“It’s A Boy!” – Remy Ishak Teruja Kongsi Momen Bersama Anak

Pelakon, Remy Ishak mendedahkan dia dan isteri tercinta, Ezza Yusof dikurniakan cahaya mata lelaki pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram, aktor filem Harum Malam itu memuat naik foto-foto bersama isteri dan anak tersayangnya.

Namun begitu, Remy masih belum mendedahkan nama putera sulungnya.

Dalam hantaran berkenaan, Remy meluahkan rasa syukur atae kehadiran atas anak kecil ini dalam kehidupannya bersama isteri.

“Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki dan rahmatNya. First baby and it is a boy! A hero! Terima kasih, Ya Allah,” tulisnya berserta tanda pagar #ohbabyremy.

Meninjau ke ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah dan menumpang gembira untuk kelahiran anak pertama Remy dan Ezza.

Sebelum ini, isteri tercinta Remy selamat bersalin pada 27 Julai lalu.

Artikel Berkaitan: Tahniah, Isteri Remy Ishak Selamat Bersalin Anak Pertama!

Artikel Berkaitan: “Sebelum Kesakitan Datang, Rambut Ku Diragut!” – Remy Ishak Kongsi Momen Isteri Potong Rambut Sebelum Bersalin

Sekadar info, Remy dan Ezza berkahwin pada 21 Ogos 2021.

Aqilah Paharuzi