Ernie Zakri Persoalkan Sikap Segelintir Pihak Suka Komen Menyakiti Hati Orang Lain – “Rasa Gempak Ke?”

Penyanyi popular, Ernie Zakri meluahkan rasa pelik dan kurang senang terhadap segelintir pihak yang lantang dalam memberi komen negatif sehingga menyinggung perasaan orang lain.

Ernie menerusi beberapa ciapan di Twitter miliknya mempersoalkan tindakan individu sedemikian yang seakan sengaja mahu melemparkan tohmahan atau kritikan untuk menjatuhkan orang lain.

“Ada orang memang penuh energy dia untuk menyakiti orang lain kan? Bila taip tu dia macam ‘ha nak taip macam ni la, mesti dia sakit hati’

“Apa dia fikir masa dia taip tu kan? Rasa powerful ke? Macam hebat sebab dapat tulis begitu ke?

“Dia macam ‘haha padan muka dia mesti terasa’, jahat tak macam tu? Jahat kan? Wajar tak kita cakap jahat?,” luahnya.

Sementara itu, pemilik lagu Gundah ini berkata sikap individu berkenaan seolah-olah mengetahui setiap perkara yang terjadi dan tidak mempunyai perasaan apabila melemparkan komen berbaur negatif.

“Masalahnya dia tak tahu apa-apa pasal dia cakap tu.. Tapi dia 100% confident dia tau, dia tak malu ke eh? Rasa diri dia gempak dan cool kot. Wondering tentang orang macam ni,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, pelantun lagu Sirna ini menjelaskan ciapannya itu adalah tentang perkara biasa saja.

“Ok ni cakap cakap general je.. Hehe love,” katanya.

Menjengah ke ruangan balas, ramai peminat isteri kepada penyanyi, Syamel ini untuk tidak mengendahkan segala kritikan negatif tersebut.

Mereka juga meluahkan rasa berang apabila terdapat segelintir pihak yang berani ‘menyentuh’ artis kegemaran mereka itu.

Aqilah Paharuzi