Dedah Dapat Skrip ‘Perempuan Itu’ Setiap Pagi Sebelum Shooting, Mimi Lana Pesan Jangan Bandingkan Drama Korea & Malaysia – “Kita Tak Ada Masa Untuk Prep”

Pelakon jelita, Mimi Lana mendedahkan pengalamannya menjalani penggambaran berlakon filem dan drama TV.

Menerusi sebuah podcast bersama aktres Amelia Henderson, Mimi sedang menceritakan tentang perbezaan berlakon filem dan drama TV.

Antara perbezaannya adalah berlakon filem mempunyai waktu untuk ‘prep’ dan TV sebaliknya.

“Berlakon filem ajar saya tentang kepentingan untuk ‘prep’ sebelum shooting. Dekat Malaysia kita tak prep sebab drama TV tak ada masa.

“Kebanyakan orang kita selalu menyalahkan dan complain drama TV kita ‘kenapa macam ni, macam tu’.. kenapa tak boleh jadi macam cerita Korea, Hollywood?’,” katanya.

Sementara itu, tunang kepada aktor Syafiq Kyle ini turut mendedahkan sering mendapat skrip disaat akhir ketika menjalani penggambaran drama Perempuan Itu.

“You know what kita drama dekat Malaysia ni tak ada prep. Kadang-kadang dapat skrip pun last minit.

“Macam drama TV3 Perempuan Itu yang saya berlakon, setiap hari kita dapat skrip pagi-pagi. Kita cuma ada treatment, itu benda yang paling susah sekali nak buat sebenarnya untuk drama.

“Jadi saya sangat salute dengan orang yang berlakon drama ni bila dia dapat perform sabab dekat filem it is different.

“Bila buat filem ada prep, technical yang bagus, bila ada props, background and semua yang cantik, of course kita nak berlakon bagus-bagus,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendedahan Mimi itu namun rata-rata mereka tetap memuji lakonannya yang berjaya membawa watak Khalish.

Aqilah Paharuzi