Rambut Pink & Tampil Seperti Barbie, Masya Masyitah Dah Freehair?

Penyanyi BBNU, Masya Masyitah mengejutkan ramai apabila berkongsi penampilan terkininya yang seakan sudah menanggalkan tudung.

Menerusi perkongsian tersebut, Masya memuat naik foto memakai baju set blazer dan skirt pendek berwarna merah jambu serta berlatarbelakangkan kereta mewah.

“Your mind has to be stronger than your feelings,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut menyaksikan penampilan terkini Masya.

Namun begitu, ada segelintir individu berpendapat bahawa Masya menggunakan teknologi AI seperti yang menjadi trend masa kini.


Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang respons mengenai isu terbabit oleh Masya.

Sebelum ini, penampilan Masya acap kali meraih perhatian dan kritikan ramai yang menganggap pakaiannya seksi meskipun sudah berhijab.

ARTIKEL BERKAITAN: Isu ‘Jahil’ Jaga Aurat, Masya Masyitah ‘Sound’ Netizen – “Cermin Diri Sendiri Sebelum Bercakap Buruk”

ARTIKEL BERKAITAN: Gayakan Legging Jarang, Fesyen Masya Masyitah Dikritik Lagi

Aqilah Paharuzi