Sempoi Naik Lori, Aliff Syukri Puji Fasha Sandha Artis Gred A & Humble! – “Sebab Tu Bertahan Sampai Sekarang”

Pelakon jelita, Fasha Sandha mencuri perhatian ramai yang berkongsi hantaran di Instagram miliknya sedang menaiki lori.

Berdasarkan video tersebut, Fasha dilihat baru sahaja pulang daripada membeli makanan.

“Artis naik Vellfire ❌, Artis naik Lori ✅,” tulisnya dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri memuji aktres drama rantaian Rampas Cintaku ini sangat humble dan artis Gred A.

“Saya kenal Fasha ni dah lama pernah shooting sekali dengan dia memang humble sangat.. artis walaupun artis class A tapi baik sangat sebab tu bertahan sampai sekarang,” tulisnya.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu membalas komen tersebut dengan emoji love.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji Fasha yang amat dikenali dengan berwatakan sangat peramah dan tidak sombong.

Aqilah Paharuzi