“Dulu Dah Tegur Dia Tu Buat Wayang…” – Hantaran Instagram Story Cetus Tanda Tanya, Caprice Perli Siapa Tu?

Penyanyi rap kontroversi, Caprice memuat naik sebuah hantaran berbaur sindiran di Instagram Stories (IGS) miliknya baru-baru ini.

Menerusi kemas kini tersebut, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, dilihat menyatakan yang sikap sebenar individu yang dimaksudkannya itu kini telah diperlihatkan kebenaran sedikit demi sedikit.

“Tu lah dulu Cap dah tegur yang dia tu hanya buat wayang kat tanah suci… setting gambar, setting orang miskin.

“Tapi dulu ramai tak percaya. Sekarang ambik kau. Siap setting semua demi content jasa-jasa baik dia.

“Alhamdulillah one by one Allah buka,” katanya.

Walaubagaimanapun, Caprice tidak memetik nama mana-mana individu yang disindirnya dalam hantaran tersebut.

Atiqah Johari