“Dunia Akan Lebih Baik Tanpa Saya” – Hidap Penyakit Bipolar, Selena Gomez Tak Boleh Ada Anak

Penyanyi antarabangsa, Selena Gomez mengakui banyak melalui detik sukar dalam kehidupannya sebelum ini.

Menerusi dokumentari miliknya iaitu Selena Gomez: My Mind and Me, dia mengalami masalah gangguan kesihatan mental dan didiagnos sebagai pesakit Bipolar.

Memetik laporan Rolling Stone edisi Disember, Selena pernah terfikir untuk mengambil nyawanya sendiri disebabkan penyakit Bipolar dan Psikosis tersebut.

“Saya fikir dunia akan lebih baik jika tanpa saya,” katanya.

Namun, Selena menegaskan bahawa dia tidak pernah melakukan cubaan bunuh diri.

Menurutnya, fasa usia 20-an adalah zaman kegelapan kerana hilang kawalan keatas dirinya.

“Saya fikir sewaktu masuk usia 20-an, inilah zaman gelap saya. Saya tidak boleh kawal perasaan, apa yang baik dan apa yang buruk.

“Lalu ia menumbuhkan depresi dan yang lainnya,” jelasnya.

Di dalam dokumentari itu, bekas kekasih Justin Bieber turut mendedahkan bahawa dia mungkin tidak dapat memiliki anak kerana perlu makan ubat untuk merawat penyakit Bipolar.

“Ia merupakan perkara yang sangat penting dalam hidup saya. Meskipun begitu, kalau saya ditakdirkan memiliki anak, saya sedia,” ujarnya.

Sumber: Rolling Stone

Maya Basir