Asyik Hiburkan Penonton, Duta Sheila On 7 Terkejut Tengok…

Vokalis kumpulan Sheila on 7, Duta, terkejut apabila penonton yang hadir di konsert “A Night With Sheila on 7” masih menghafal lagu-lagu lama mereka.

Kata Duta  di hadapan peminatnya, dia berpendapat penonton sudah tidak menghafal lagu-lagu yang dianggap sudah ‘uzur’.

“Pembukaan malam ini dimulakan dengan lagu yang cukup uzur, saya ingat ramai yang tidak ingat,” kata Duta di konsert yang berlangsung di Mall Gandaria City Hall, Jakarta Selatan.

Ini kerana, penonton yang hadir majoritinya adalah dari golongan belia.

Ucapan Duta itu membuatkan penonton yang berada di lokasi konsert ikut teruja.

Di konsert itu, Duta menyanyikan lagu-lagu popular Sheila On 7 antaranya  Jadikan Aku Pacarmu (1999) dan “Seberapa Pantas” (2002).

Meskipun sudah 20 tahun lagu ini dirakam, ternyata peminat kumpulan dari Yogyakarta ini masih bersemangat menyanyikan bersama. 

Konsert turut diserikan dengan lagu hits mereka seperti, Seandainya, Bila Kau Tak Disampingku, Berai, Temani Aku dan Terlewatkan.- Tribunnews

SGMS Faida