Ebby Yus Terkejut Wanita Muda Nak Derma Buah Pinggang

Pelakon sitkom popular JKKK, Ebby Yus, 54, mendedahkan mendapat tawaran baru daripada seorang wanita muda yang mahu menderma buah pinggangnya, seminggu sebelum puasa lalu.

“Pada mulanya dia Whatsapp saya tanya darah (jenis) apa? Saya terkejut, darah apa?

“Selepas itu dia menelefon dan beritahu niatnya mahu menderma buah pinggangnya kepada saya,” kata Ebby sudah pun berjumpa dengan wanita itu minggu lalu.

Katanya, dia tidak tahu apa yang membuatkan wanita itu mahu menderma buah pinggangnya dan menganggap niat wanita itu tidak boleh dibuat main-main.

“Saya beritahu setakat ini saya belum lagi memerlukannya sebab buah pinggang masih okey dan belum sampai tahap kena buat rawatan dialisis,” katanya.

Januari lalu, Ebby pernah mendapat tawaran sama daripada seorang aktivis kemasyarakatan dikenali sebagi Syed Syukri MK dari Port Dickson.

Bagaimana pun dia belum membuat keputusan untuk menerima tawaran Syed Syukri itu, juga atas alasan sama.

Ebby atau nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid dilaporkan menderita pelbagai jenis penyakit termasuk buah pinggang bocor, jantung, darah tinggi, gastrik, masalah saraf dan prostat sejak beberapa tahun lalu.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida