Elak Cinta Lokasi, Ini ‘Strategi’ Shukri Yahaya!

Pelakon Shukri Yahaya mengaku lebih berhati-hati selepas terpalit dengan kontroversi bersama seorang wanita sebelum ini.

Bersyukur kerana sering digandingkan dengan pelakon wanita yang mengetahui batas, Shukri menjelaskan mustahil untuk dirinya berdepan cinta lokasi.

“Biarpun ada segelintir pelakon terbabit dengan cinta lokasi, namun ia bukan satu masalah buat saya kerana cinta berada di rumah. Ini kerana, saya sudah meletakkan niat, setiap kali keluar rumah, untuk bekerja jadi fokus itu tidak lari.

“Saya akan melayan gandingan sebagai rakan sekerja dan pergaulan itu ada batasnya. Tidaklah berborak dan keluar minum berdua sehingga boleh menimbulkan curiga, kerana saya tahu had saya sebagai suami dan bapa.

“Malah, saya turut bersyukur kerana diberikan gandingan yang menghormati status saya. Alhamdulillah….Sejujurnya, saya tidak berdepan dengan dugaan atau godaan daripada mana-mana pelakon wanita. Apa yang penting, saya jenis yang tidak masuk campur hal orang,” kata Shukri.

Shukri dan Tya Adnan disatukan pada tahun November 2015 dan menimang cahaya mata sulung iaitu Aaira Ameena kini berusia tiga tahun.

Pelakon yang menjadi sebutan menerusi drama rantaian Andainya Takdir itu mengulas mengenai cinta lokasi yang sering membabitkan aktor yang sudah berumah tangga.

Oleh: Zaara Talita

SGMS Faida