Categories: HiburanSelebriti

Elak Obesiti, Anak Nora Jalani Pembedahan ‘Ikat Perut’

“ Sebagai seorang ibu saya sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak,” kata Nora memaklumkan mengenai anaknya yang selamat menjalani pembedahan ‘ikat perut’ atau lebih dikenali sebagai Bariatric Surgery, Jumaat lalu.

Menerusi Instagramnya, Nora memaklumkan anak keduanya, Alif Johan tidak mengalami sebarang komplikasi selepas pembedahan.

“Alhamdulillah nampaknya Alif is doing well, today dah mula berjalan macam biasa. Paling penting, terharu tengok Alif gembira.

“Sebagai seorang ibu saya sentiasa mahukan yang terbaik, menyokong dan memberikan galakan kepadanya,” tulis Nora.

Aliff juga mengharapkan perubahan segera yang terbaik untuk menurunkan berat badan dengan kaedah tersebut.

“Ada sedikit rasa sakit tetapi masih mampu tanggung dan doktor pun sudah memberikan petua untuk saya jaga makan dan diet.

“Nantikan kemas kini dan perkembangan terkini daripada semasa ke semasa. Jika anda mahu mengubah hidup anda, ini yang saya boleh sarankan.

“Saya rasa seperti individu baharu,” kata Alif.

Pembedahan ‘mengikat perut’ untuk menguruskan badan merupakan prosedur paling selamat untuk mengatasi masalah berat badan berlebihan dengan kesan kegemukan ketara atau obesiti.

Dikenali sebagai pembedahan Bariatrik, ia adalah pembedahan minor bagaikan pembedahan pundi hempedu yang mengambil masa sekitar 30 minit saja.

Antara selebriti yang pernah menjalani pembedahan Bariatrik ialah juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah pada tahun lalu.

SGMS Enal