Elly Ariffin Ucap Tahniah Kepada Bekas Suami & Dhabitah, Titip Pesan Dalam Perkahwinan – “Kunci Rumah Tangga Adalah…”

Umum mengetahui pelawak dan pelakon Jiggy Masin dan atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri sah bergelar suami isteri Jumaat lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Terbaharu, bekas isteri kepada Jiggy iaitu pengacara Elly Ariffin tampil mengucapkan ucapan tahniah kepada Jiggy atas perkahwinan bersama Dhabitah.

Menerusi hantaran di Instagram Stories, Elly turut menitipkan pesan setiap kebahagiaan rumah tangga adalah hasil daripada kesabaran.

“Tahniah  Jiggy Masin dan Dhabitah Sabri. Selamat pengantin baru kepada kalian berdua. Selamat melayari bahtera perkahwinan dan cepat-cepat dapat baby yang comel okay.

“Sentiasa ingat, kunci rumah tangga adalah kesabaran,” titip Elly.


Untuk rekod, Elly dan Jiggy pernah mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 namun bercerai pada 30 Januari 2020.

Terdahulu, memetik laporan media, Jiggy atau nama sebenarnya Mohamad Aizat Ahmad Nazri, berkata dia tidak berhasrat merahsiakan pernikahan, cuma menunggu masa sesuai untuk berkongsi berita gembira.

Berkongsi detik perkenalan mereka, Jiggy memberitahu dia dan Dhabitah mula berkenalan rapat sejak setahun lalu selepas terlibat dalam satu sesi fotografi bersama.

Malah, Jiggy turut memaklumkan dia dan Dhabitah ada membuat perancangan untuk mengadakan majlis resepsi namun belum menetapkan tarikh kerana Dhabitah akan ke China selama sebulan.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas Isteri Tumpang Gembira Jiggy Didakwa Bakal Tamat Zaman Duda Bersama Dhabitah – “Saya Dah Tahu Cerita Ni Sejak…”

Khairil Khusyairi