Didakwa Queen Control & Suami Abai Tanggungjawab Sebagai Anak Lepas Kahwin, Ini Respons Jasmin Hamid – “Hidup Kena Ada Sistem…”

Pelakon Jasmin Hamid luah rasa geram apabila sesetengah pihak menganggap dirinya seorang isteri yang ‘queen control’ atau terlalu mengawal suami.

Menerusi perkongsiannya di Instagram, dia sebagai isteri hanya menguruskan kehidupan suami supaya semua dalam keadaan teratur.

“Alhamdulillah, saya masih bahagia dengan suami setakat ini walaupun ada yang tidak suka.

“Saya tak pernah control suami. Saya cuma manage kehidupan harian dan keperluan suami. Manage dan control adalah dua perkara yang berbeza.

“Hidup kena ada sistem supaya lebih teratur. Bukan pakai tangkap muat,” ujarnya.

Menurut Jasmin, dia tidak bersetuju apabila ada yang mengatakan suaminya lupa tanggungjawab sebagai seorang anak apabila sudah berkahwin dengannya.

“Saya geram sebab ada yang kata, suami saya umpama lembu di cucuk hidung. Hidup di bawah telunjuk saya sehingga lupakan tanggungjawab dia sebagai anak lelaki,” katanya.

Meskipun geram, dia telan sahaja tuduhan tersebut asalkan dia dan suami tahu perkara yang sebenar.

“Semua yang busuk biar saya yang ambik, tak apa. Yang penting Allah dan suami tahu apa yang saya buat untuk suami dan ibu bapa suami saya.

“Saya ingin suami saya jadi juara di dalam keluarganya. Berbakti pada kedua orang tuanya hingga hujung nyawa dia,” jelasnya.

Tambahnya lagi, dia hairan dengan individu yang berkata sebegitu sebenarnya menggambarkan dirinya sendiri.

Namun, dia mendoakan yang baik-baik sahaja buat mereka yang bercakap buruk tentangnya dan suami.

“Yang bestnya, orang yang bercakap pasal tanggungjawab anak lelaki tu sendiri yang tak jalankan tanggungjawab dia sebagai seorang anak lelaki.

“Awak ni umpama ketam ajar anak berjalan la bro. You know nothing about me.

“Apa-apa pun saya tetap doa yang baik-baik untuk awak. Kejarlah 2 pintu syurga yang ada di dalam rumah mu sendiri sebelum terlambat,” katanya.

Maya Basir