Baru Sehari Join Channel Telegram, Fatin Afeefa Dedah Wajah Individu Cakap Lucah – “Bapak Siapa Ni?”

Pelakon dan usahawan, Fatin Afeefa mendedahkan seorang lelaki yang menulis kata-kata lucah terhadapnya.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, Fatin sedang bertanyakan cara untuk mengemaskini ‘channel’ Telegram kepada pengikutnya.

Namun, lelaki berkenaan bertindak membalas dengan kata-kata lucah dengan memintanya menunjukkan bahagian tubuh badannya.

Tidak berdiam diri, pelakon filem Tentang Bulan ini bertindak mendedahkan wajah lelaki tersebut.

“Bapak siapa ni? Tolong ikat,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian Xtra, lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu baru sahaja menyertai ‘channel’ yang dipercayai digunakan untuk perniagaan Fatin pada 2 Mei lalu.

Maya Basir