[VIDEO] “Rasanya Bibit Cinta Start Dari Sini…” – Netizen Kongsi Aksi Dhabitah Sabri Selamatkan Jiggy Masin Pura-Pura Lemas

Berita perkahwinan antara pelawak dan pengacara Jiggy Masin bersama pasangannya, atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mencuri tumpuan orang ramai.

Walaupun perkahwinan mereka itu diumumkan secara mengejut, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas ikatan rumah tangga yang baharu dibina.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

Namun apa yang lebih mencuit hati adalah apabila ada seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video aksi Dhabitah menyelamatkan Jiggy yang berpura-pura lemas.

@ifame.my Wohooo Tahniah Pengantin Baru!! Jiggy & @dhabitahsabri 🩷🩷 Diaorang dah lama rancang, kita je yang lalai 🤭 #jiggymasin #dhabitahsabri #jiggydhabitah #jigsters #newlyweds #arenapanasprovsbro #ifamemedia #ifame ♬ original sound – @ifame.my

Video tersebut merupakan salah satu babak di dalam sebuah program yang telah ditayangkan pada tahun lepas.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen baru tersedar bahawa bibit-bibit percintaan mereka sudah lama berputik.

“‘Begitulah abah jumpa mama kamu’- Jiggy Masin kepada anaknya.

“Saya tengok game show ni lah. Rasanya bibit percintaan diorang start di sini.

“Betul Jiggy buat kerja eh. Dah selamat kahwin dah pun,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Jiggy dan Dhabitah telah diijab kabulkan pada 28 April yang lalu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.Berita perkahwinan antara pelawak dan pengacara Jiggy Masin bersama pasangannya, atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri mencuri tumpuan orang ramai.

Walaupun perkahwinan mereka itu diumumkan secara mengejut, rata-rata netizen turut tumpang gembira atas ikatan rumah tangga yang baharu dibina.

ARTIKEL BERKAITAN: 2 Tahun Berkenalan, Jiggy Masin Tamat Zaman Duda Dengan Dhabitah Sabri

Namun apa yang lebih mencuit hati adalah apabila ada seorang pengguna TikTok telah memuat naik sebuah video aksi Dhabitah menyelamatkan Jiggy yang berpura-pura lemas.

Video tersebut merupakan salah satu babak di dalam sebuah program yang telah ditayangkan pada tahun lepas.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen baru tersedar bahawa bibit-bibit percintaan mereka sudah lama berputik.

“‘Begitulah abah jumpa mama kamu’- Jiggy Masin kepada anaknya.

“Saya tengok game show ni lah. Rasanya bibit percintaan diorang start di sini.

“Betul Jiggy buat kerja eh. Dah selamat kahwin dah pun,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Jiggy dan Dhabitah telah diijab kabulkan pada 28 April yang lalu dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja.

Izzi Farhana