Suami Fail Cerai Terhadap Madu, Miera Leyana Tampil Bersuara – “Kebenaran Akan Terbongkar, Jangan Fitnah!”

Pelakon, Miera Leyana tampil bersuara berhubung konflik rumah tangga suaminya, Rosland Othman yang telah memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutallib pada Rabu.

Malah, Adibah mendakwa suaminya itu tidak pulang ke rumah sejak berkahwin dengan aktres tersebut pada Julai 2020.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Fail Cerai Selepas 28 Tahun Berkahwin, Madu Dakwa Dah Lama Tak Pulang Ke Rumah Sejak Nikahi Miera Leyana?

Berdasarkan tinjauan di Instagram, Miera Leyana memuat naik hantaran seakan membidas dakwaan yang dilaporkan oleh madunya itu.

Menerusi muat naik di Instagram Stories (IGs), Miera memohon individu berkenaan untuk tidak bermain dengan fitnah dan usah gila ‘glamour.

Jelasnya lagi, setiap perkara yang berlaku dalam kisah rumah tangganya bersama madu ada dua jalan cerita yang berbeza disebalik segala ujian.

“There’s always two side of every story. Jangan nak gila glamour.

“One day you guys will know the truth. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

“Sekian dari Miera Leyana, nak masak jap untuk suami dan anak-anak. Ok bye,” tulisnya.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima orang cahaya mata.

Pada 25 Julai 2020, Rosland menikah satu lagi dengan Miera dan memiliki seorang cahaya mata.

Aqilah Paharuzi