[VIDEO] Dodoi Anak Nyanyi Lagu Jong Jong Inai, Aksi Pemuda Ini Curi Perhatian!

Gelagat seorang pemuda mendodoikan anaknya mencuri perhatian dalam kalangan netizen sehingga tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di platform tersebut, pemuda itu dilihat sedang mendendangkan lagu rakyat, Jong Jong Inai dengan nada yang tinggi sehingga anaknya tertidur.

Malah, keberkesanan tindakan pemuda itu menyanyikan lagu tersebut setiap kali menyuruh anaknya tidur turut diakui oleh isterinya.

“Anak dia memang tidur bila si Ayah nyanyi lagu Jong Jong Inai versi high pitch!,” tulisnya.

@faezmalek Kita set2 dato Siti plak khenss…. Bila bini kau rajin merekod aktiviti kau dgn anak.. Aku lah!!!! #fyp #dudukje #fypage #faezmalek #fypmalaysia #ajl37 #bapa #jongjonginai #sitinurhaliza ♬ original sound – Faez Malek

Lebih menarik lagi, ada juga pengguna TikTok yang sempat berkongsi video anaknya yang sedang  tertidur selepas mendengar nyanyian pemuda tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah ramai yang memuji suara pemuda tersebut.

“Aina Abdul is shaking.

“Tu dia high pitch sekali dia bagi, yang penting dengan tangan-tangan sekali naik. Bravo!

“Ayah terbaik, pitching pun terbaik!

“Penat juga kalau macam ni dodoikan kena pakai high pitch, key dia level soprano.

“Kalau macam ni, balik kampung nak dodoikan anak , silap haribulan satu kampung bergema lagu Jong Jong Inai,” komen netizen.

Gelagat seorang pemuda mendodoikan anaknya mencuri perhatian dalam kalangan netizen sehingga tular di laman sosial TikTok baru-baru ini.

Menerusi sebuah perkongsian di platform tersebut, pemuda itu dilihat sedang mendendangkan lagu rakyat, Jong Jong Inai dengan nada yang tinggi sehingga anaknya tertidur.

Malah, keberkesanan tindakan pemuda itu menyanyikan lagu tersebut setiap kali menyuruh anaknya tidur turut diakui oleh isterinya.

“Anak dia memang tidur bila si Ayah nyanyi lagu Jong Jong Inai versi high pitch!,” tulisnya.

Lebih menarik lagi, ada juga pengguna TikTok yang sempat berkongsi video anaknya yang sedang  tertidur selepas mendengar nyanyian pemuda tersebut.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur malah ramai yang memuji suara pemuda tersebut.

“Aina Abdul is shaking.

“Tu dia high pitch sekali dia bagi, yang penting dengan tangan-tangan sekali naik. Bravo!

“Ayah terbaik, pitching pun terbaik!

“Penat juga kalau macam ni dodoikan kena pakai high pitch, key dia level soprano.

“Kalau macam ni, balik kampung nak dodoikan anak , silap haribulan satu kampung bergema lagu Jong Jong Inai,” komen netizen.

Salma Syahbuddin