Bakal Berkahwin Tahun Ini, Johan Asa’ri Rancak Buat Persediaan

Pelakon lelaki terkenal, Johan As’ari bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada tahun ini.

Menurut Johan sendiri, segala persediaan untuk perkahwinan telah pun siap sebanyak 90 peratus.

“Saya memang dah target tahun ini dan kalau jadi nanti saya akan war-warkan tarikhnya,” jelas Johan ketika ditanya tentang tarikh pernikahannya ketika ditemui semalam di malam gala filem Tujuh Dua Belas.

Mengulas lanjut tentang ciri-ciri yang dimiliki oleh bakal isterinya, Johan menyifatkan dia seorang yang selalu menyokong dalam karier yang dilakukan.

“Very supportive bukan kewangan tapi dari segi semangat kekuatan. Kadang saya takde semangat nak live kat TikTok dia bagi saya semangat. Baru-baru ini saya ada masuk pertandingan nyanyian dan dia kata masuk je sebab peserta lain pun bukan penyanyi,” jelas Johan lagi.

Johan mengakui sudah menjalinkan hubungan cinta bersama pilihan hati selama lima tahun dan menjalankan percintaan jarak jauh.

Namun dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mendedahkan identiti bakal isterinya kerana ingin menjaga privasi.

Untuk info, Johan memegang watak sebagai Bentayan di dalam sebuah filem baharu arahan Thrope Ali dan digandingkan bersama Farali Khan serta Chintya Candranaya yang berjudul Tujuh Dua Belas.

Izzi Farhana