Hiburan By: Izzi Farhana May 3, 2023 @ 7:40pm

Bakal Berkahwin Tahun Ini, Johan Asa’ri Rancak Buat Persediaan

Pelakon lelaki terkenal, Johan As’ari bakal mendirikan rumah tangga bersama wanita pilihannya pada tahun ini.

Menurut Johan sendiri, segala persediaan untuk perkahwinan telah pun siap sebanyak 90 peratus.

“Saya memang dah target tahun ini dan kalau jadi nanti saya akan war-warkan tarikhnya,” jelas Johan ketika ditanya tentang tarikh pernikahannya ketika ditemui semalam di malam gala filem Tujuh Dua Belas.

Mengulas lanjut tentang ciri-ciri yang dimiliki oleh bakal isterinya, Johan menyifatkan dia seorang yang selalu menyokong dalam karier yang dilakukan.

“Very supportive bukan kewangan tapi dari segi semangat kekuatan. Kadang saya takde semangat nak live kat TikTok dia bagi saya semangat. Baru-baru ini saya ada masuk pertandingan nyanyian dan dia kata masuk je sebab peserta lain pun bukan penyanyi,” jelas Johan lagi.

Johan mengakui sudah menjalinkan hubungan cinta bersama pilihan hati selama lima tahun dan menjalankan percintaan jarak jauh.

Namun dia tidak mahu tergesa-gesa untuk mendedahkan identiti bakal isterinya kerana ingin menjaga privasi.

Untuk info, Johan memegang watak sebagai Bentayan di dalam sebuah filem baharu arahan Thrope Ali dan digandingkan bersama Farali Khan serta Chintya Candranaya yang berjudul Tujuh Dua Belas.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Kisah Viral Fri, 1 Mar 2024
Hiburan Wed, 5 Jun 2024
Featured Thu, 25 Aug 2022
Hiburan Mon, 11 Feb 2019

“Jangan Ada Anak Dara, Janda Pi DM Ajak Wrestling Pulak…” – Ika Nabella Kongsi Rahsia Kebahagiaan Rumah Tangga

Comel je pasangan suami isteri ni. Semoga terus bahagia sehingga Jannah, Insya Allah.

Trending Wed, 3 Jan 2018

MB Negeri Sembilan Mengaku Dihukum Tak Boleh Bermain Bola Sepanjang Hidup

Siapa sangka, dia pernah dilayangkan kad merah satu ketika dahulu ketika bermain untuk pasukan negerinya dan apa yang menarik adalah sehingga kini dia masih lagi menjalani hukuman terbabit. Datuk Seri Mohamad Hasan berkata dia digantung […]

Featured Sun, 12 Sep 2021
Featured Mon, 13 Mar 2023
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Alhamdulillah…Mia Ahmad Timang Anak Lelaki

Tahniah! Syukur Alhamdullillah, isteri saya selamat melahirkan anak sulung kami tadi.