Featured By: Salma Syahbuddin March 13, 2023 @ 9:45am

Berat Badan Susut Hingga 10 KG & Alami Alahan Teruk, Isteri Yonnyboii Kini Hamil

Penyanyi rap popular, Yonnyboii mengesahkan isterinya yang juga pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman kini hamil.Perkara itu dikongsi pasangan ini menerusi hantaran di Instagram mereka pada Ahad.

“Sudah berbulan-bulan kami menyembunyikan mengenai perkara ini dan kini saya mahu berkongsi tentang kehamilan saya yang tinggal beberapa bulan dengan anda semua.

“Alhamdulillah, tak lama lagi kami akan menjadi mommy dan daddy. Doakan semoga Allah permudahkan perjalanan kami dan bayi (Walaupun saya kurang berkongsi mengenai perkara ini tapi yang paling penting adalah keselamatan baby),” tulisnya.

 

Memetik laporan mStar, Nazira, 24, mengaku usia kandungannya kini sudah mencecah lima bulan dan sepanjang tempoh tersebut dia juga turut mengalami alahan teruk termasuklah ‘morning sickness’ sehingga berat badannya susut sebanyak 10 kilogram.

“Saya tidak mengidam benda pelik-pelik, cuma alami morning sickness yang teruk dan berat badan susut sehingga 10 kilogram.

“Tapi sekarang semuanya kembali normal dan saya juga boleh bekerja seperti biasa,” katanya.

Gementar dalam masa sama berasa teruja menyambut kelahiran bayi sulungnya, Nazira mengaku banyak menerima nasihat daripada adik-beradiknya yang lain.

“Adik-beradik yang lain semuanya sudah memiliki anak sendiri. Mereka banyak beri nasihat dan kami hanya dengar dan utamakan keselamatan bayi dalam kandungan,” jelasnya.

Sekadar info, Yonnyboii dan Nazira mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 dalam sebuah majlis pernikahan sederhana yang hanya dihadiri seramai 20 orang ahli keluarga terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Belum Bersedia” – Hampir Setahun Bergelar Suami Isteri, Yonnyboii Mengaku Tidak Sanggup


ARTIKEL BERKAITAN:Tak Rancang Soal Anak, Yonnyboii & Nazira Akui Bersedia Jadi Ibu Bapa Muda – “Kalau Boleh Memang Nak Ada
”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tegurlah Baik-Baik Agar Dapat Pahala
 Kalau Maki Anda Yang Berdosa” – Isu Free Hair, Isteri Yonnyboii Terima Teguran Secara Positif

Sumber: Instagram, mStar

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

FESYEN Mon, 29 Jul 2019
Featured Sun, 17 Oct 2021

“Alhamdulillah”- Berat Badan Naik 15 KG, Elyana Kongsi Perkembangan Terkini

Umum maklum keadaan penyanyi Elyana yang menghidap kanser limfoma sejak dua tahun lalu. Perkembangan kesihatan Elyana kini dilihat semakin memberangsangkan dan menunjukkan tanda tanda positif. Menurut Elyana, setelah selesai menjalani rawatan kemoterapi sesi kedua sejak

Trending Fri, 30 Nov 2018

Syed Saddiq Tersenarai Dalam Top 20 Belia Yang Paling Berpengaruh Di Dunia Untuk 2018

Anda setuju dengan pemilihan yang dibuat oleh platform global Apolitical ini?

Featured Thu, 7 Oct 2021

Rentas Negeri Dibenarkan Dalam Beberapa Hari Lagi

Pergerakan rentas negeri akan bermula dalam beberapa hari lagi, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Tan Sri Dr Noor Hisham mengumumkan perkara itu menerusi laman Twitter beliau. “Dalam tempoh beberapa hari

Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Skrip Zaman Sekarang ‘Kayu’, Jangan Bunuh Jiwa Kami!

Perlu ada common sense! Kandungan sesebuah drama itu sendiri tak kira lah cerita hantu atau cerita cinta, semuanya sama. Kebanyakan skrip sekarang, tiada ‘jiwa’…

Featured Tue, 7 Mar 2023

[VIDEO] Baby Shima Ajak Amir Ahnaff Gelek, Netizen Suruh Lari!

Amboi Baby Shima cuba masuk line ke tu?

Trending Fri, 2 Jul 2021

Jom Semak! Senarai Mukim, Lokaliti Yang Terlibat Dalam PKPD Di Selangor & WP Kuala Lumpur

Boleh semak senarrai berikut, kot-kot tempat korang kan?!

| Live TV