Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin March 21, 2022 @ 2:21pm

Jika Gagal Beri Laporan Bertulis & Munasabah, Kerajaan Tidak Akan Benarkan Tayangan Drama ‘Perempuan Itu’

Kerajaan memandang serius mengenai kontroversi yang timbul menerusi drama ‘Perempuan Itu’ yang tular baru-baru ini.

Malah, berkemungkinan drama tersebut tidak akan ditayangkan sekiranya pihak produksi gagal memberikan laporan bertulis berkenaan klip video viral tersebut.

Menurut Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, sekiranya pihak produksi gagal memberikan sebab dan laporan yang munasabah mengenai adegan ‘panas’ yang terdapat dalam drama tersebut, kerajaan tidak akan membenarkan tayangan drama berkenaan apatah lagi ia bakal disiarkan pada bulan Ramadan.

“Kita sudah meminta produksi berkenaan mengemukakan laporan bertulis berhubung perkara berkenaan. Mereka juga telah diberikan masa yang cukup untuk menyediakan laporan tersebut.

“Sekiranya laporan itu tidak memuaskan, kita tidak benarkan stesen televisyen menyiarkan tayangan drama tersebut,” katanya.

Tegasnya, semua stesen televisyen perlu menghormati bulan Ramadan malah tidak boleh menyiarkan kandungan yang kurang bersesuaian dengan bulan mulia itu.

Terdahulu, klip video dengan aksi  ‘panas’ yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa mendapat respon negatif dari pelbagai pihak sehingga ada yang menegur kandungan drama berkenaan tidak sesuai untuk dipertontonkan terutamanya di negara ini atau dimuat naik untuk tujuan promosi semata-mata.

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

ARTIKEL BERKAITAN:“Tolong Bertanggungjawab, Motif Keluarkan ‘Footage’ Belum Disunting?” – Umie Aida Bidas Isu Adegan Panas Zul Ariffin

ARTIKEL BERKAITAN:Isu Video Petikan Drama ‘Perempuan Itu’ Papar Aksi Dukung Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Kenyataan Rasmi TV3

 

Sumber : Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Jan 2026

Zul Ariffin Kembali Dengan Aura Menggoda, Drama Bisik Asmara Janji Ketegangan Emosi

Gandingan mantap dua pelakon hebat ini amat dinantikan peminat apatah lagi kedua-duanya diberi peranan membawakan watak romantik.

Hiburan Tue, 31 Mar 2026

“Buat Main Anak Orang, Kurang Ajar!” – Abby Abadi Kesal Tindakan Aslam, Fazura Tampil Beri Sokongan

Abby turut mempertikaikan tindakan suami Marissa, iaitu Ahmad Aslam yang didakwa mempermainkan perasaan nak perempuannya itu.

Kisah Viral Thu, 23 May 2024
Hiburan Mon, 17 Apr 2023
Hiburan Fri, 30 Nov 2018

Konsert Duo Dinamik Dapat Pujian, Tomok & Black Contoh Terbaik Penyanyi ‘From Zero To Hero’

Rasa macam kembali ke tahun 1999 pula pada malam ini. Masih ingat ketika di zaman New Boyz sedang popular, saya pernah berdepan dengan insiden lucu apabila van yang kami naik hampir terbalik kerana diserbu peminat.

Featured Mon, 12 Sep 2022

[VIDEO] “Ini Yang Ditunggu!” – Netizen Teruja Anna Jobling Tersasul Panggil Meerqeen ‘B’

Tepi sikit, pasangan bahagia nak lalu ni hehe 🤪 Bersemut timeline min semalam tengok MeerNa dekat Terpaling Juara! 🥰🥰

error: Content is protected !!