Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin March 20, 2022 @ 2:55am

Isu Adegan Melampau Zul Ariffin & Siti Hariesa, Ini Respon Menteri Hal Ehwal Agama – “Jika Ia Mencemarkan Fitrah, Saya Tidak Boleh Biar”

Selepas video adegan melampau drama Perempuan Itu lakonan Zul Ariffin dan Siti Hariesa tular, ramai pihak nampaknya tidak berpuas hati sehingga ada yang mahu memboikot drama tersebut.

Justeru itu, tidak hanya diam mengenai isu terbabit, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad tampil memberi respon dan teguran mengenai perkara berkenaan yang dianggapnya sebagai melampaui batas.

Perkongsian itu dimuat naik beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya.

Beliau berkata, drama yang bakal ditayangkan pada bulan mulia iaitu Ramadan tidak lama lagi, tidak seharusnya dicemari dengan kegusaran yang melampaui batas walaupun hiburan itu tidak dihalang dalam Islam.

Namun, hiburan yang dipaparkan dengan menunjukkan aksi panas sepertimana yang tular itu ternyata mengundang maksiat dalam kalangan rakyat negara kita.

Malah, ia sekaligus mencemarkan fitrah dalam agama dan tidak boleh dibiarkan.

“Apabila sebuah drama yang telah ditular untuk ditayangkan dalam bulan yang sepatutnya ditunggu oleh seluruh manusia yang beriman bagi mengejar taqwa, namun seolah dicemari dengan kegusaran yang saya kira melampui batas yang perlu ditegur. Hiburan tidak dihalang dalam Islam.
“Namun, tatacara hiburan dalam Islam pastinya terdapat disiplin yang tegas, apatah lagi melibatkan ikhtilat yang berlebihan dengan adegan yang ternyata mengundang maksiat.
“Industri hiburan di Malaysia ini bukanlah perkara yang ingin saya halangi, tapi jika ianya mencemarkan fitrah dalam agama, saya tidak boleh membiarkan ianya berlaku tanpa dinasihati,” katanya.
Tegasnya, beliau akan menghubungi pihak terbabit agar adegan ‘panas’ dalam drama tersebut boleh ditegah dan diubah.
“Saya akan menghubungi pihak yang terbabit untuk mendapatkan nasihat supaya perkara ini boleh ditegah dan diubah dengan hikmah.
“Dalam masa yang sama, saya menyeru kepada seluruh umat Islam, tidak kira usia dan kedudukan, untuk bersiap menghadapi Ramadhan yang menjanjikan sejuta hikmah oleh Allah SWT,” jelasnya.
Sementara itu, beliau juga menyeru agar seluruh umat Islam mempersiapkan diri terutamanya dalam menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh hikmah.
“Persiapkan diri, pasangan, keluarga dan masyarakat sekeliling kita agar memeriahkan Ramadan dengan penuh pengharapan dan keinsafan. Jauhi perkara mendekatkan kita dengan maksiat, agar Ramadan kita tidak tercalar dan cacat cela. Moga Allah terus memimpin kita,” ujarnya.
Terdahulu, adengan melampau yang dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Siti Hariesa mendapat pelbagai respon dari negatif dalam kalangan masyarakat sehingga pihak TV3 pada Sabtu telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 8 Oct 2020
Hiburan Fri, 3 Oct 2025

Penuh Emosi, Adira Suhaimi Menangis Ketika Mendendangkan Atouna El Toufoule

Adira Suhaimi menangis nyanyi Atouna El Tofoule

Featured Wed, 17 Aug 2022
Hiburan Wed, 11 Jul 2018

计春华57岁病逝!

中国著名武术影视演员计春华11日上午惊传病逝,享年57岁,震惊中港台演艺圈!

Hiburan Thu, 20 Sep 2018

Selepas Elly Suriaty, Sahara Yaacob Pula Tunjuk Sokongan Terhadap Najib

Apabila seorang individu beragama Islam banyak berjasa kepada negara, kita abaikan…ia adalah sebuah kesalahan, sama sekali perbuatan yang salah!

Hiburan Mon, 18 Dec 2023

“Abang, Maafkan Saya” – Tak Mampu Sumbang Lebih Banyak Dana Buat Allahyarham Ibnor Riza, Aznil Nawawi Rasa Bersalah

Pak Nil dah bantu sebaik mungkin, Allah lebih sayangkan arwah abang Ibnor Riza❤️ Al-Fatihah.

Hiburan Thu, 22 Feb 2024
Featured Thu, 20 Mar 2025

Gabungan Padu Top CSOIAM, Lagu ‘Kemas Kemas Raya’ Hadiah Istimewa Buat Peminat

Menggabungkan elemen muzik tradisional dan moden dalam genre pop, lagu raya ini bukan sekadar hiburan biasa.

error: Content is protected !!