Euforia Bola 2026
Kisah Viral By: Aqilah Paharuzi May 23, 2024 @ 1:37pm

Suspek ‘Sorok’ Berdekatan Kereta, Tular Video Didakwa Insiden Faisal Halim Disimbah Asid?

Heboh di media sosial berhubung satu video rakaman CCTV dipercayai kejadian ketika pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim disimbah asid.

Video tular di platform media sosial itu memaparkan suspek tersebut bersembunyi disebalik kenderaan di kawasan tersebut seolah-olah sedang menunggu Faisal.

Malah, suspek juga sepertinya sudah mengetahui di mana Faisal meletakkan kenderaannya ketika berada di pusat beli-belah Petaling Jaya, 5 Mei lalu.

Ketika penyerang Selangor FC itu sedang berjalan ke arah keretanya, suspek berkenaan pantas bertindak mengekori Faisal dari arah belakang dan terus simbah asid.

Suspek yang memakai topi bersama sepersalinan pakaian berwarna hitam berjaya melarikan diri menaiki motor yang individu lain dipercayai rakan yang bersubahat dengannya untuk mencederakan Faisal.

Bukan itu sahaja, kelihatan dari awal video suspek kedua yang menunggang motosikal itu sudah lama berada di lokasi kejadian sebelum insiden itu berlaku.

Faisal Halim

Bagaimanapun, sehingga kini video tersebut masih belum dapat pengesahan daripada pihak berkuasa sama ada individu dalam video berkenaan benar Faisal ataupun tidak.

Sebelum ini, Faisal melecur tahap empat selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali.

Pada 19 Mei lalu, pihak berkuasa Polis Diraja Malahsia (PDRM) telah mengeluarkan fotofit suspek disyaki berusia dalam lingkungan 30-an dan berketinggian 165 sentimeter.

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Kulit Paha Bakal Jadi ‘Korban’… Bantu Tutup Kesan Lecur Pada Badan

Artikel Berkaitan: Kes Simbah Asid Faisal Halim, Polis Dedah Fotofit Suspek

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 21 Jan 2021
Hiburan Fri, 24 Jan 2020

Lisa Manoban Peluk Kucing Untuk Lepas Tekanan

Tak tau mana lagi comel…kucing ke tuan dia?

Trending Thu, 2 Jul 2020
Featured Thu, 20 May 2021

“Janganlah Penjarakan…” – Mawar Rashid Luah Rasa Simpati Terhadap Neelofa

Selebriti dan usahawan popular, Neelofa dan suaminya, PU Riz atau Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dikatakan tidak serik melanggar prosedur operasi standard (SOP). Kesalahan demi kesalahan yang dilakukan oleh Neelofa membuatkan […]

error: Content is protected !!