Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana April 17, 2023 @ 6:24pm

Rossa Kembali Mengubat Rindu Peminat Dengan Khanti

Penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa kembali dengan lagu berkonsepkan kerohanian berjudul Khanti.

Khanti merupakan hasil kerjasama antara Rossa dan Melly Goeslaw serta Andi Rianto dan ia merupakan projek pertama mereka dalam sebuah single untuk Ramadan.

“Ini merupakan pengalaman pertama saya menghasilkan lagu berkonsepkan kerohanian khas dalam bulan Ramadan. Sebelumnya, saya tidak pernah mencuba. Jadi saya amat gembira kerana ini merupakan sebuah pengalaman yang baru buat diri saya. Tambahan pula, drama bersiri dan runut bunyi (OST) ini berkolaborasi dengan mereka yang pakar dalam bidang masing-masing,” kata Rossa


Menurut Rossa, maksud Khanti yang menjadi judul kepada lagu ini ialah sabar yang merangkumi pelbagai aspek dan sabar dalam menghadapi segala ujian hidup.

Lagu ini telah dilancarkan pada 31 Mac 2023 yang lepas di bawah naungan Label Inspire Music dan dijadikan runut bunyi untuk drama Bidadari Bermata Bening di Viu Indonesia.

Bidadari bermata bening merupakan drama bersiri di Viu Original yang diadaptasikan daripada novel terlaris Indonesia karya Habiburahman El Shirazy yang juga merupakan penulis novel hebat lain seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika cinta Bertasbih.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

ADUN Balakong Maut Kemalangan

Salam takziah buat keluarga Ng Tien Chee… ADUN Balakong ini dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Featured Fri, 26 Aug 2022

[VIDEO] “Hari Tu Beriya Komen Puteri Balqis…” – Netizen Dakwa Perubahan Mia Sara Sebab Karma?

Uish, Mia Sara pernah komen apa tu dekat Puteri Balqis sampai netizen kata karma? 🤯🥵

Featured Thu, 25 May 2023
Trending Fri, 25 Oct 2019
Featured Fri, 6 Aug 2021

“Akhirnya Ada Juga Drama Berfaedah..” -Penutup Drama Ayahanda Dipuji, Raih 4 Juta Tontonan

Drama Ayahanda yang mendapat perhatian ramai di media sosial telah pun melabuhkan tirainya pada hari Sabtu lalu dengan sebuah pengakhiran yang cukup mantap. Terbaru, drama yang sarat dengan emosi dan pengajaran itu berjaya mencatat 4 […]

error: Content is protected !!