Trending By: Padin April 22, 2022 @ 9:21pm

Gabungan Penyanyi Singapura Dalam Album Raya #KembaliBersama

Dua tahun tidak dapat beraya seperti kebiasaan sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat penyanyi A Romzi. Jika selama ini lebaran yang dilalui begitu meriah, sudah dua kali dia sepi tanpa sebarang sambutan seperti kebiasaan.

Dedah penyanyi ini lagu, dia masih terkenangkan pengalaman yang dilalui apabila perintah kawalan diperketatkan dan kebanyakan umat Islam tidak dapat kunjung mengunjung seperti kebiasaan.

“Kami terpaksa membataskan pergerakan akibat takut dijangkiti dan sebagainya. Semua orang perlu berjaga-jaga memandangkan suasana tersebut tidak pernah dilalui oleh kebanyakan orang.

“Tapi Alhamdulillah, semuanya sudah kembali asal dan kebanyakan negara pun sudah mengisytiharkan Covid-19 sebagai pandemik. Sudah tentu lebaran kali ini lebih bermakna,” kata A Romzi.

Berpangkalan di Singapura sejak dahulu, penyanyi era pop yeh-yeh ini gembira apabila dapat kembali bersatu dengan keluarga selain mahu kunjung mengunjung seperti kebiasaan.

Dia juga sudah memikirkan apa yang harus dilakukan menjelang Aidilfitri kali ini termasuklah merakamkan semula lagu raya bagi menyemarakkan lagi sambutan tahun ini.

“Memang ramai dalam kalangan kita sudah berbincang dan merancang untuk mengenakan pakaian sedondon sekali kunjung merapatkan semula hubungan dengan kunjung mengunjung.

“Begitu juga dengan saya yang sudah merancang beberapa aktiviti. Tapi paling mengujakan sudah pasti menantikan sambutan peminat terhadap lagu Musafir Di Aidilfitri yang saya nyanyikan semula,” kata A Romzi lagi.

Menariknya, lagu yang termuat di dalam album Raya #KembaliBersama turut disertai oleh beberapa penyanyi baharu dan lama dari Singapura.

Mereka bergabung suara, menyanyikan semula lagu lama dan baharu demi meraikan Aidilfitri kali ini dengan satu semangat- meraikan kemenangan.

Menerusi album ini, sembilan buah lagu termuat termasuklah empat daripadanya merupakan lagu lama yang mendapat sentuhan Sha’aban Yahya sebagai penerbit album.

Antara penyanyi yang terlibat terdiri daripada Daniel Baharin & Zalelo menerusi lagu Hari Raya; Effie Ismail & Farisha Ishak (Kemenangan Hari Raya) dan Mahani Mohd (Pesanan Lebaran).

Turut terlibat Ulan & 7RiiiQa (dk Sendu Aidilfitri); Arif Samsudin (Raya Merubah); Syaz Smooth & Putri Emily (Syukur Raya); Ahmad Stokin (Hari Raya Bukan Lebaran) dan Musafir Di Aidilfitri (A Romzi).

Bagi Mahani pula, dia gembira apabila dapat menyumbang suara untuk album raya kali ini setelah melalui pelbagai pengalaman akibat pandemik yang melanda dunia.

Jelasnya, sebagai penyanyi yang berpengalaman dia gembira dapat berpadu dengan golongan muda bagi menghasilkan sebuah album yang akan dikenang sampai bila-bila.

“Saya gembira dapat terlibat sama dalam pembikinan album ini bersama barisan artis hebat yang lain. Kalau lagu ini diterima, ia pasti memberikan keterujaan buat saya.

“Harapnya peminat masih sudi mendengar dan terus menyokong kami,” kata penyanyi popular era 80-an ini lagi.

Bagi Syaz pula, dia gembira apabila dapat terlibat sama dalam album ini terutama apabila bekerjasama dengan Sha’aban yang merupakan antara individu yang dihormati di sana.

“Apabila melalui proses rakaman dengan orang yang berpengalaman sebenarnya memberikan pengalaman baharu buat saya. Bukan mudah mahu dapat peluang sebegini.

“Alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar dan saya tak sabar nak menantikan maklum balas daripada pendengar pula.

Hal yang sama diluahkan oleh Danial yang menganggap ini merupakan penghormatan buat dirinya apabila diberikan peluang terlibat sama dalam album Raya #KembaliBersama.

Jelasnya, sikap positif yang ditunjukkan oleh semua pihak semasa proses rakaman berlangsung membuatkan dia gembira dan dapat menimba ilmu baharu dalam bidang ramakan suara.

“Banyak ilmu baharu dicurahkan oleh Sha’aban terutamanya cara untuk mengelakkan tekanan semasa proses rakaman dan sebagainya,” kata Danial lagi.

Bagi Putri Emily pula, dia bertuah kerana dapat merakamkan lagu baharu bersama Shaz yang juga merupakan rakan seangkatan dengannya.

Melodi yang sedap dengar ditambah dengan irama yang moden membuatkan dia jatuh hati dengan lagu Syukur Raya yang juga merupakan lagu duet bersama Syaz.

“Apa yang paling menarik sudah tentu dapat merakamkan suara di studio Yama Jive, antara studio terbaik yang ada di Singapura. Ini pengalaman berharga,” katanya.

Sebagai info, album Raya #KembaliBersama merupakan terbitan Yama Jive Production dan sudah boleh didengar disemua platform digital.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 2 Jul 2020

Anak Bawah Umur 18 Tahun Layak Dapat BSH RM480, Ini Syaratnya…

Semoga BSH ini dapat meringankan beban. Alhamdulillah

Hiburan Thu, 6 Jan 2022

Khai Bahar Tak Bimbang Jika Netizen Beri Gelaran Pelakon Kayu

Penyanyi yang kini bergelar pelakon, Khai Bahar mengakui tidak risau jika orang ramai menggelarnya sebagai pelakon ‘kayu’. Pada awal kemunculannya dalam bidang lakonan, dia sudah menerima pelbagai kritikan netizen. Bagaimanapun, Khai mengambil segala maklum balas […]

Hiburan Tue, 1 Aug 2023
Trending Tue, 18 Aug 2020

Sukuk Prihatin : Bantuan RM500 Juta Bukti Kesungguhan Kerajaan Tangani Krisis

Semoga bantuan ini dapat membantu golongan yang terjejas

Featured Mon, 17 May 2021

Model Terkenal Bella Hadid Dipuji Ramai, Ikut Protes Kutuk Kekejaman Israel Di New York

Walaupun bergelar antara supermodel antarabangsa dengan memiliki bayaran paling mahal di dunia, model kelahiran Palestin Isabella Khair Hadid dilihat tidak berselindung apabila beliau secara terang terangan mengutuk kekejaman Israel terhadap Palestin. Menerusi platform Instagram rasminya, […]

Hiburan Fri, 22 Sep 2023

Sudah Mula Bekerja, Keadaan Jasmin Hamid Bertambah Baik Selepas Pembedahan

Alhamdulillah, semoga diberikan kesembuhan sepenuhnya