Featured By: Salma Syahbuddin November 30, 2021 @ 1:12pm

Selepas Ikan Siakap, Kini Muncul Pula Kailan Ikan Masin ‘Kayangan’?

Selepas kecoh mengenai harga ikan siakap kayangan, kini timbul pula isu mengenai harga sayur kailan ikan masin yang viral baru-baru ini.

Mana taknya, sayur berkenaan disifatkan ‘kayangan’ kerana harganya yang mahal sehingga RM18 tidak setara dengan kuantitinya.

Justeru itu, pemilik restoran terbabit tampil mendedahkan bahawa, kemungkinan terdapat kesilapan daripada pihaknya dalam meletakkan harga atau menyediakan saiz hidangan kepada pelanggan berkenaan.

“Kesilapan kami mungkin cashier (juruwang) tersilap ‘key in’ (masukkan) harga dengan hidangan bersaiz L (besar).

“Atau mungkin pelanggan itu memesan saiz L tetapi krew di bahagian dapur sediakan kailan itu dalam hidangan bersaiz S (kecil) berdasarkan gambar yang ditularkan,” katanya.

Sementara itu, pemilik Restoran Anjung Ikan Bakar Nory itu juga berpendapat, pelanggan yang berdepan dengan isu tersebut sepatutnya tampil bertemu dengan pihak mereka secara terus dan tidak memuat naik di laman sosial sehingga isu kailan ikan masin ‘kayangan ini menjadi tular.

Terdahulu, tular di media sosial harga sebungkus masakan kailan ikan masin yang dijual pada harga RM18 di sebuah restoran yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 13 Feb 2020
Trending Wed, 15 Jun 2022

Keluarga Muhammad Adib Tarik Rayuan, Mahu Mulakan Kehidupan Baru

Keluarga arwah memilih untuk tarik rayuan dan memulakan kehidupan yang baru.

Hiburan Thu, 2 Jan 2020
Hiburan Fri, 2 Nov 2018

Selepas 15 Tahun, Amelia Henderson Kembali Hangatkan Kemuncak ASK 2018

Pelakon jelita ini berpeluang menyanyi di malam anugerah buat pertama kali!

Featured Wed, 13 Apr 2022

“Pergi Buat Hal Di Tempat Lain” – Isteri Justin Bieber Rayu Peminat Selena Gomez Untuk Jangan Menganggunya!

Hailey Bieber sudah muak dengan komen-komen yang mengaitkan tentang suami dan bekas teman wanitanya itu.