Elly Mazlein, Azlan Selamat Bertunang

Pengacara terkenal Elly Mazlein selamat bertunang dengan jejaka pilihannya, Mohamad Azlan, hari ini.

Majlis pertunangan yang berlangsung di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini menyaksikan wanita berusia 39 tahun itu bakal bergelar isteri kepada guru berasal dari Kelantan.

Untuk rekod, Elly mula berkenalan dengan Azlan sejak Ogos tahun lalu dan difahamkan, Azlan merupakan seorang guru mengajar subjek Geografi.

Sebelum ini, majlis merisik berlangsung pada 19 Oktober lalu dan diadakan secara tertutup.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi memberitahu dia terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia.

Rata-rata peminat Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom mendoakan agar urusan menuju ke pelamin dipermudahkan. Amin YRA…

Kredit: Melodi 

SGMS Faida