Elly Mazlein Menangis, Bakal Suami Hadiahkan…

Penyanyi dan pengacara Mentor Milenia 2019, Elly Mazlein tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata kerana begitu terharu apabila bakal suami yang dikenali dengan nama Azlan, menghadiahkan sebuah kondominium menjelang hari pertunangan mereka. 

Perkara ini dikongsikan oleh Elly atau nama sebenarnya  Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi (39) di dalam sebuah entri di akaun instagramnya dan di dalam video berkenaan, Elly telah   bertanya kepada bakal suaminya yang mesra dipanggil ‘Papa’, “Rumah ini untuk siapa?” dan Azlan menjawab “Untuk kitalah. Untuk kita dah keluarga kita…”

Walau bagaimanapun, memetik laporan BH Online, Elly masih belum membuat keputusan sama ada mahu tinggal di kediaman tersebut selepas berkahwin nanti atau sebaliknya. 

“Alhamdullillah, bakal suami berusaha membelikan rumah hasil titik peluhnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan.  Saya berharap kemanisan ini akan berpanjangan.

“Saya cukup terharu melihat kesungguhan bakal suami, terutama layanan baiknya terhadap saya dan anak, Putri Sara Sefhia.  Dia menjadikan saya wanita paling bahagian dengan kehadirannya. 

“Saya tidak memilih siapa bakal suami, asalkan di dapat memenangi hati anak, bapa dan ahli keluarga yang lain. Itu sudah cukup menggembirakan hati saya. 

“Paling penting, dia menyayangi saya dan anak dengan sepenuh jiwa, bertanggungjawab dan mempunyai kerjaya tetap.  Pada mata saya, bakal suami insan yang terlalu hebat,” katanya kepada BH Online. 

Majlis pertunangan penyanyi lagu Bakawali yang juga mesra disapa Kak Lina Pom Pom oleh peminat-peminatnya  dikatakan akan berlangsung pada waktu terdekat dan akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) seperti yang dikongsi di akaun instagramnya baru-baru ini. 

“Mengikut perancangan, majlis itu akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sedikit masa lagi,” tambah Elly.

Namun demikian, Elly belum mengumumkan tarikh pertunangannya dan berkata tarikh pertunangan akan diumumkan menerusi saluran YouTube, Dunia Elly Mazlein tidak lama lagi.

Terdahulu, Elly pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada 9 November 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Putri Sara Sefhia (3 tahun). Mereka berpisah pada 15 Oktober, 2015.

Elly mengenali bakal suami yang berasal dari Kelantan sejak Ogos tahun lepas dan majlis merisik telah dilangsungkan pada  20 Oktober yang lalu. 

Baca: Kak Lina Pom Pom Dirisik! “Izinkan Aku Merasa Detik Ini”

Baca: Sambut Lima Majlis, Elly Mazlein Teruja Sarung Gaun Pengantin!

Del14