Elvina Mohamad Luah Rasa Meluat Dengan Kenyataan PU Syed – “Kalau Para-Para Ustaz Buat Hal…”

Pelakon Datin Elvina Mohamad meluahkan rasa meluat terhadap kenyataan Pencetus Ummah (PU) Syed yang mempersoalkan tentang rasa bangga orang ramai terhadap kemenangan Tan Sri Michelle Yeoh di anugerah berprestij, Oscar, baru-baru ini.

“Apa dibangga dengan anugerah Oscar? Membanggakan Malaysia? Apa yang perlu dibanggakan sangat tu?,” ujar PU Syed menerusi hantarannya di Instagram.

Menurut pelakon Cinta Si Wedding Planner ini, tidak salah untuk mengucapkan tahniah kepada pemenang justeru itu dia mempersoalkan kenyataan PU Syed tersebut.

“Kalau tahniah kan pemenang pun salah di mata ustaz, susah lah ustaz oi!

“Takda apa pun yang nak diheran kan, dah orang tu menang, kita ucaplah tahniah,” ujarnya.

Pada masa sama, Elvina turut luah rasa geram apabila sesuatu perkara yang melibatkan rakan seperjuangannya, dia tidak tampil bersuara.

“Kalau para-para PU/DA’I/Ustaz buat hal, buat masalah takda pulak ustaz nak keluar kenyataan pape. Tau pulak sonyap!,” katanya diakhiri dengan ‘hashtag’ meluat.

Maya Basir