Enggan Mengalah, Farid Kamil Takkan Berhenti Cari Anak & Isteri

Pelakon Farid Kamil Zahari kekal tegas dengan keputusannya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu bersama isteri, Diana Danielle.

Farid berkata, dia merasakan masih ada harapan untuk menyelamatkan rumah tangganya dan berharap semuanya akan kembali tenang.

ā€œSaya takkan pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang.

ā€œHarapan saya letak kepada Allah, supaya suatu hari nanti kami akan kembali bersama seperti biasa.

ā€˜Sudah 11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT,ā€ katanya.

Farid berkata demikian usai sebutan kes hadanah yang difailkan isterinya pada Ā 23 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Terdahulu, pihak Mahkamah Tinggi Syariah, di sini menetapkan 30 Mei depan bagi sebutan semula ā€˜inter-parteā€™ (kedua-dua pihak) bagi pelakon Diana Danielle, 32, dan suaminya, Farid Kamil, 32, berhubung hadanah interim (sementara) bagi dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Pada 24 Mac lalu, Diana memperoleh hak penjagaan sementara dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil ā€“ ā€œSelepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluarā€

Ā 

Sumber: Kosmo

Salma Syahbuddin