Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 5, 2023 @ 7:09pm

Enggan Mengalah, Farid Kamil Takkan Berhenti Cari Anak & Isteri

Pelakon Farid Kamil Zahari kekal tegas dengan keputusannya untuk mempertahankan rumah tangga yang dibina sejak 11 tahun lalu bersama isteri, Diana Danielle.

Farid berkata, dia merasakan masih ada harapan untuk menyelamatkan rumah tangganya dan berharap semuanya akan kembali tenang.

“Saya takkan pernah berhenti berusaha untuk mencari anak dan isteri saya berada. Tapi, pada bulan Ramadan ini, banyak limitasi di samping saya sibuk dengan kerjaya sekarang.

“Harapan saya letak kepada Allah, supaya suatu hari nanti kami akan kembali bersama seperti biasa.

‘Sudah 11 tahun kita sudah mengharungi pelbagai rintangan. Jadi, harapan untuk rumah tangga saya letakkan pada Allah SWT,” katanya.

Farid berkata demikian usai sebutan kes hadanah yang difailkan isterinya pada  23 Mac lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Terdahulu, pihak Mahkamah Tinggi Syariah, di sini menetapkan 30 Mei depan bagi sebutan semula ‘inter-parte’ (kedua-dua pihak) bagi pelakon Diana Danielle, 32, dan suaminya, Farid Kamil, 32, berhubung hadanah interim (sementara) bagi dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Pada 24 Mac lalu, Diana memperoleh hak penjagaan sementara dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

ARTIKEL BERKAITAN:Hadir Ke Mahkamah Bagi Sebutan Kes Hadanah, Farid Kamil Harap Keadilan Dapat Ditegakkan

ARTIKEL BERKAITAN:Perintah Hadanah Diana Danielle Diterima, Dakwaan Curang Hanya Alasan Farid Kamil – “Selepas Fail Kes Baru Semua Benda Ni Keluar”

 

Sumber: Kosmo

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 14 Mar 2018

Hanya Kerana Salah Mesej Hantar, Hidup Terus …

Hanya kerana salah hantar mesej, kanak-kanak ini mendapat satu perkhabaran gembira,

Featured Fri, 12 May 2023
Trending Thu, 21 Jan 2021
Hiburan Sun, 4 Mar 2018

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya

Haqiem Rusli Mahu Fokus Pada Kerjaya Belum Lagi Ingin Bercinta

Hiburan Thu, 8 Jun 2023
Hiburan Sat, 8 Mar 2025

Ridzuan Ridzokumura Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Pemfitnah Kematian Arwah Isteri

Ridzuan Ridzokumura tidak berdiam diri bakal ambil tindakan undang-undang terhadap pemfitnah Arwah Akiko

Featured Sun, 21 Mar 2021

Bila Boleh Rentas Negeri? Ini 6 Faktor Penilaian Risiko Oleh KKM

Bulan Ramadan dan Syawal bakal menjelang tiba dan pastinya ramai yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman. Walaupun sekatan rentas negeri masih belum dibenarkan di antara kawasan hijau, namun adalah tidak mustahil untuk orang […]

Hiburan Tue, 28 May 2019
error: Content is protected !!