Enggan Peduli Dilabel Simbol S*ks, Ms Pui Yi Fokus Jadi Pelakon & DJ Kelab Malam

Pempengaruh media sosial yang kini bergelar pelakon, Ms Pui Yi mahu membina imej yang bersih dengan tidak lagi membuat kandungan untuk tontonan dewasa dan lebih fokus dalam bidang seni.

Memetik laporan Kosmo, Pui Yi atau nama sebenar Siew Pui Yi yang dikenali sering beraksi erotik dalam sosial media memberitahu dia sekarang lebih tertumpu kepada karier lakonan dan DJ muzik kelab malam.

“Tahun ini, saya akan fokus berlakon filem dan akan ada beberapa filem yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

“Sudah tentu juga, sebagai DJ kelab malam. Selain itu, saya juga seorang penerbit muzik. Selain itu, saya akan muncul dengan single baharu tidak lama lagi juga,” katanya.

Mengulas mengenai dirinya yang dilabel sebagai simbol seks, wanita berusia 24 tahun ini enggan mempedulikan kata-kata orang lain.

“Bagi saya, seseorang yang seksi saya tiada masalah nak mainkan karakter atau peranan diberikan.

“Tapi, kalau dalam platform lain saya dah tak buat semua itu. Sekarang fokus saya banyak tertumpu sebagai seorang DJ kelab malam.

“Kadang-kadang jadi DJ pun, saya kena beraksi seksi bergantung kepada acara atau festival yang saya terlibat sama,” ujarnya.

Filem sensasi Pulau yang turut dibintangi oleh Pui Yi yang membawakan watak Kitty merupakan pengalaman yang menyeronokkan baginya.

“Sebenarnya, saya agak takut dan pada masa sama, gemuruh (menunggu respons penonton).

“Tapi saya juga tahu yang ramai peminat menanti untuk menonton filem Pulau di pawagam bermula 9 Mac nanti,” katanya.

Untuk rekod, Pui Yi pernah menjadi aktres porno pertama dari Malaysia yang berjaya membintangi filem-filem lucah terbitan produksi terkemuka dunia iaitu Playboy.

Namun, pada awal Disember lalu, dia mengumumkan pengunduran diri sebagai bintang porno dan memilih untuk menceburi bidang muzik menjadi seorang DJ.

Maya Basir