“Mungkin Dia Tahu Takkan Dapat Apa-Apa…” – Alif Satar Belum Pernah Disondol, Bawa Isteri & Anak-Anak Semasa Penggambaran

Penyanyi, pelakon dan pengacara Alif Satar memberitahu dirinya tidak pernah didatangi mana-mana wanita mahupun berlaku cinta lokasi.

Menurutnya, dia pernah bekerjasama dengan ramai pelakon jelita dan berbakat besar namun masing-masing tahu batasan serta bersikap profesional.

“17 tahun dalam industri, tiada pula rakan pelakon, wanita di luar sana pernah cuba ‘sondol’ saya. Mungkin dia tahu, takkan dapat apa-apa. Saya profesional lah.

“Saya jenis lelaki yang pergi kerja, balik. Tak ada yang cuba mengurat. Dulu masa mula-mula dalam industri, adalah kot tetapi itu saya anggap peminat berseloroh. Sampai sekarang, tidak ada cubaan itu.

“Saya sendiri pun tahu, betapa sukarnya untuk seseorang menempa kejayaan dalam industri. Saya anggap kerjaya seni ini sebagai satu perniagaan. Saya kerja keras untuk capai tahap ini.

“Satu kesilapan boleh merosakkan segalanya. Saya juga ada isteri dan anak-anak. Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki serta apa yang ada sekarang,” ujarnya.

Alif ditemui semasa tayangan perdana filem Pulau bersama barisan pelakon lain iaitu Amelia Henderson, Haris Anuar, Sabronzo dan ramai lagi di The Starling Mall, Petaling Jaya.

Pada masa sama, ketika penggambaran filem tersebut, Alif turut membawa isteri dan anak-anak bersama.

“Nak tahu tak bila saya buat filem ni, saya bawa sekali anak-anak dan isteri sebulan. Saya tak boleh tanpa mereka lama-lama.

“Mereka tak ikut masa penggambaran tapi bila saya habis shoot, saya akan balik main dengan anak-anak selepas tu sambung kerja balik,” katanya.

Maya Basir