Isu Cedera Di Set Penggambaran: “Inilah Nasib Anak Seni.. KWSP, Socso Tak Ada… Berlakon Tak Payah Beria Sangat” – Fizz Fairuz

Tular di media sosial aktres Fasha Sandha dikejarkan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani penggambaran, semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Terhentak Di Bucu Katil Sehingga Tulang Mata Patah & Bengkak, Fasha Sandha Dikejarkan Ke Hospital 

Terkini, pelakon Datuk Fizz Fairuz memberi respons terhadap kemalangan yang menimpa Fasha itu.

Menerusi hantaran di Instagram, Fizz mengaku yang malang tidak berbau.

“Allahu… Berlakon tak payah la beria sangat. Lakonan ada asasnya.

“Itulah dia, bila masing-masing nak tunjuk hebat… Inilah makannya… Tapi malang tak berbau,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Tambah pelakon Nur Kasih ini, dia menyifatkan itulah nasib seorang insan yang bergelar anak seni.

“Inilah nasib anak seni, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tak ada… Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) tak gerak pun dari dulu.

“Yang merana artis…kena tanggung sendiri kalau mampu, kalau tak mampu..mereput dalam rumah. Faham-faham sajalah,” tutupnya.

Terdahulu, beberapa pelakon juga pernah terbabit dengan kemalangan ketika menjalani penggambaran sehingga mencetuskan pertikaian pelbagai pihak.

Khairil Khusyairi