“Pandai Awak Mainkan Perasaan Orang!”- Peminat Kecewa,  Isu Tunang Zara Zya Sekadar ‘Marketing’

Pelakon popular, Zara Zya sekali lagi meraih perhatian peminat apabila dia tampil mendedahkan mengenai foto yang tular sebelum ini kononnya dia bakal mengakhiri zaman bujang.

Menurut pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, menerusi perkongsian terkininya di Instagram, foto tular itu hanyalah sekadar bentuk pemasaran produk makanan tambahan semata-mata.

“Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah permudahkan semuanya. Kepada peminat dan followers Zara, this is for you,”tulisnya.

Justeru, tindakannya itu sekaligus membuatkan peminatnya berkecil hati selepas mempercayai dia kini sudah mengikat tali pertunangan.

 

Terdahulu, Zara memaklumkan dia kini sudah bersedia bergelar isteri dan mengaku sedang bahagia.

Namun, pelakon drama Risik Pada Hati itu enggan berkongsi dengan lebih lanjut mengenai perkara terbabit.

“Adalah, Insya-Allah, tapi kalau ada tarikhnya, kita akan beritahu. Insya-Allah.

Orang dalam industri atau bukan? No comment. Ini bahaya dan pastinya dia bukan milik orang,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Cantiknya! Segak Berpakaian Serba Putih, Zara Zya Kongsi Momen Majlis Merisik?

ARTIKEL BERKAITAN:Tular Foto Merisik, Zara Zya Pilih Kunci Mulut – “Belum Waktunya Lagi”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Dah Bersedia Untuk Bergelar Isteri”- Zara Zya Beri Bayangan Tamat Zaman Bujang Tahun Ini?

ARTIKEL BERKAITAN:Dalam Proses Kenal Hati Budi Seseorang, Zara Zya Mengaku Sedang Bahagia

Salma Syahbuddin