Categories: HiburanTrending

Enggan Susahkan Penganjur & Tak Mahu Hampakan Peminat, Ayu Damit Teruskan Menyanyi Walaupun Baru Tiga Hari Bersalin

Baru sahaja tiga hari melahirkam anak keempat, penyanyi Ayu Damit kelihatan bertenaga dan sangat lincah membuat persembahan di Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB pada malam Isnin lepas.

Enggan menghampakan peminat, juara One In A Million musim kedua itu tetap meneruskan persembahan tersebut tanpa memikirkan kesihatannya.

“Job itu sudah ‘lock’ awal dan saya pun tak sangka akan bersalin awal. Sepanjang tempoh berpantang, tiada lagi persembahan sebab saya dah tolak semua tawaran,” katanya.

Memetik laporan mStar, penyanyi bersuara emas kelahiran Putatan, Sabah itu mengambil keputusan untuk menyanyi kerana tidak ingin menyusahkan pelbagai pihak.

Dia turut tidak menyangka akan bersalin lebih awal daripada tarikh jangkaan.

“Saya kena bertanggungjawab sebab kalau mahu batal dan cari pengganti lain itu akan menyusahkan penganjur. Jadi, saya pergi jua,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ayu memberitahu suaminya, Syed Fauzi Syed Baharuddin terlebih dahulu telah melarang dia menjayakan persembuhan tersebut kerana lagu-lagu yang ingin disampaikan mencabar vokal dan bernada tinggi.

Melihat keadaan isterinya baik-baik sahaja, Syed Fauzi akhirnya memberi keizinan.

Dedah pemenang tempat ketiga Gegar Vaganza musim ketujuh, itu bukan kali pertama dia membuat persembahan dalam tempoh berpantang. Justeru, dia meluahkan rasa syukur kerana tidak berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini.

Ayu yang menyampaikan tiga buah lagi termasuk Hanya Di Mercu dihujani pujian kerana masih boleh tarik nada tinggi meskipun dalam keadaan berpantang.

Sumber : mStar

Syamir Shafie