Geram Tengok Anak Syifa Melvin Membesar Dengan Sihat, Reaksi Syatilla Melvin Undang Tawa – “Makan Cakoi Ka?”

Pelakon Syatilla Melvin sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet ketika membuat live bersama adik-beradiknya.

Menerusi video yang tular di TikTok, Syatilla meluahkan rasa geramnya ketika melihat anak adiknya, Syifa, Saif Sulaiman yang kini membesar dengan sihat.

Sebelum ini, ramai yang memuji kecomelan Saif kerana mempunyai jawline yang sangat tajam dan runcing.

ARTIKEL BERKAITAN: Syifa Melvin Dedah Wajah Baby Boy, Ramai Teruja Tengok ‘Jawline’! Followers Akaun Instagram Anak Hampir Cecah 4,000 Pengikut!

Dalam perkongsian tersebut, Syatilla kelihatan sangat terkejut apabila anak saudaranya itu semakin gebu.

“Gemuk nak mampus Ya Allah, Ya Tuhanku! Mai mana hang ni? Jadi terkenan bola pak hang pula dah? Tengok ni yang kata beranak tak cukup bulan sampai leher pun tak ada.

“Makan apa, makan cakoi ke? punya besar, Ya Allah. Makan nestum ni aku rasa,” katanya.

Mendengar reaksi spontan pelakon itu, rata-rata peminatnya meluahkan rasa terhibur dengan gelagatnya di ruangan komen.

@ezfazafira92 Bambam da dia tuu 😍😍 #PelarisKekaSih #SaifSulaiman #SyafiqaMelvin #SyatillaMelvin #SyifaMelvin #SyidaMelvin #MelveenaMelvin #TheMelvinsSiblings #TheMelvinsLive ♬ original sound – Starzafeira.kekaSihIpoh

Fatin Nurain