Enggan Ulas Isu Konflik Dengan Anak Perempuan, Nourul Depp Masih Berhubung Dengan Ayu – “Biarlah Masa Yang Tentukan Semua…”

Penyanyi Nourul Depp enggan mengulas lanjut mengenai konflik yang berlaku antara dirinya dan anak perempuan, Ayu Nazirah.

Menurut Nourul atau nama sebenar Noorulhuda Abdul Wahab memberitahu dia tidak mahu isu membabitkan ibu dan anak ini semakin berpanjangan.

“Saya tahu ramai yang akan bertanya tentang hal ini namun buat masa sekarang saya tidak mahu memberi sebarang komen.

“Saya tidak mahu perkara ini berlarutan. Saya serahkan semuanya kepada Allah dan biarlah masa yang akan menentukan semuanya,” jelasnya.

Disoal sama ada masih berhubung dengan Ayu, Nourul mengakui ada hubungi anaknya itu.

“Kalau namanya anak, tentulah kami masih lagi menghubungi tapi hanya sekali sekala saja,” ujarnya.

Sementara itu, dia menganggap konflik yang berlaku tersebut sebagai ujian untuk menerima sesuatu yang baik daripada Tuhan.

“Bagi saya, ini juga inspirasi (konflik dengan anak) kerana sebagai manusia biasa sampai satu tahap dalam kehidupan, kita akan melalui satu perkara sukar, kita dicabar.

“Tak kiralah siapa yang mencabar. Dalam kerja ke, keluarga, anak sendiri, tak kisah siapa tapi kita akan dicabar. Kita ada ujian kita.

“Tapi, saya percaya setiap ujian itu ada sesuatu yang besar Tuhan nak bagi walaupun ia datang daripada anak dan keluarga sendiri,” katanya.

Terdahulu, Nourul memuat naik hantaran dirinya sedang hamil dan mencetuskan tanda tanya apabila menulis kapsyen dirinya itu sudah mati semasa membesarkan anak gadisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Wanita Dalam Gambar Ni Dah ‘Mati’ Masa Besarkan Anak Gadisnya” – Kapsyen Nourul Depp Cetus Tanda Tanya?

ARTIKEL BERKAITAN: Enggan Kenang Kisah Lalu, Hubungan Nourul Depp & Anak Sulung Didakwa Goyah? – “Tak Akan Terima Lagi, Saya Tidak Reda…”

Sumber: mStar & Harian Metro

Maya Basir