“Saya Tengah Ada Selera Makan…” – Akui Berat Badan Naik, Diana Danielle Nafi Dakwaan Sedang Hamil

Pelakon dan penyanyi Diana Danielle menafikan dirinya sedang hamil gara-gara naik berat badan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia menjelaskan bahawa dirinya kini sedang dalam fasa mempunyai selera makan yang tinggi.

Menurutnya sebelum ini, Diana akui dirinya sukar untuk makan banyak kerana selera makan yang kurang.

“As you can see, I have put on a weight. Just embracing the fact that I have appetite.

“D jenis susah nak ada selera makan dan makan sikit. Tak suka makan sampai kenyang sebab tak suka rasa kenyang tu,” jelasnya.

Oleh sebab itu, pelakon filem Imaginur ini menikmati sahaja nikmat selera makan yang diberikan.

“So sementara I masih berselera dan enjoy makan, I allow myself to gain weight sebelum satu masa nanti I akan malas makan balik,” katanya.

Sementara itu, Diana turut menegaskan dirinya tidak berbadan dua seperti yang didakwa orang ramai.

“Memang dah macam tu dari dulu. So no, I am really not pregnant,” ujarnya.

Untuk rekod, Diana dan suami, Farid Kamil kembali rujuk selepas bercerai pada 10 Ogos lalu.

Pasangan ini telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Maya Basir