Categories: SelebritiTrending

“Wahai ‘Victim’, Sabar & Diam Saya Sejak 9 Bulan Lepas Ada Hadnya” – Nur Fazura ‘Warning’ Siapa?

Selebriti dan usahawan popular, Nur Fazura, 40, memuat naik hantaran berbentuk luahan hati mencuri tumpuan warganet.

Menerusi hantarannya di Instagram Stories (IGS), Fazura menyatakan bahawa dia memilih untuk berdiam diri bagi menyelamatkan reputasi seseorang.

Malah, dia beranggapan bahawa berdiam diri ketika berdepan masalah adalah yang terbaik.

“I saved some people’s reputations by not telling my side of the story. It’s best to stay silent through the storms. Bad people usually destroy themselves in the process of trying to destroy you,” tulisnya.

Malah, dia juga memberi amaran kepada individu itu untuk tidak menguji kesabarannya dan diamnya sejak sembilan bulan lepas.

“But do not test my silence and patience for the past 9 months because it’s reaching its limit, dear ‘victim’,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, Fazura tidak memetik mana-mana nama individu yang dia maksudkan itu.

Sebelum ini, Fazura tampil menjawab dakwaan yang menyatakan dirinya berhibur di kelab malam dengan mengenakan hoodie dan topi ketika berkunjung ke Indonesia.

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Kata Saya Terpaling Solehah” – Nur Fazura Mengaku Pakai Hoodie & Topi, Sangkal Dakwaan Netizen Konon Berhibur Di Kelab Malam

Artikel Berkaitan: Akui ‘Circle’ Semakin Kecil, Fazura Terharu Sahabat Sanggup Keluar Duit Buat Kejutan Hari Lahir – “Ada Yang RM500 Seorang, Beribu Pun Ada”

Artikel Berkaitan: “Ia Terlalu Peribadi” – Luah Rasa Kecewa Pada Seseorang, Fazura Akui Berkecil Hati

Atiqah Johari