Ernie Zakri Belanja Gambar ‘Close Up’ Anak, Peminat Geram Pipi Labuh Khawla Soleha – “Comelnya, Muka Daddy Sangat”

Pasangan penyanyi terkenal, Ernie Zakri dan suaminya, Syamel menerima kehadiran seorang ahli baru dalam keluarga kecil mereka iaitu puteri sulung bernama Nur Khawla Soleha.

Sebelum ini, Ernie pernah memuat naik gambar puterinya itu semasa sambutan Hari Raya pertama, namun gambar tersebut memperlihatkan wajah Khawla dari sudut jauh, tetapi masih tampak jelas kecomelannya.

Susulan itu, Ernie memuat naik sebuah gambar memaparkan wajah comel Khawla yang diambil secara ‘close up’ dan ia telah mencairkan hati pengikutnya.

“Assalamualaikum, hi everyone. I miss my Daddy so much (eh ke Ibu dia yang rindu sangat ni).

“Masa ambil gambar ni, Daddy tak sedar yang memory card tak ada dalam camera. Dah ambil beratus kali baru perasan. Ni kira kali kedua la ambil gambar lepas masukkan memory card. Tapi she memberi la dalam session kedua ni, untuk puaskan hati kedua ibu bapa.

“Khawla reda dengan Daddy & Ibu yang sentiasa kelam kabut. Pertama kali, maka gobok la,” tulisnya di ruangan kapsyen menceritakan pengalaman mengambil potret anak mereka.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan pengikut Ernie memuji wajah Khawla yang saling tidak tumpah seperti wajah bapanya, Syamel.

Malah, netizen turut meluahkan rasa geram dengan wajah comel Khawla lebih-lebih lagi apabila melihat pipinya yang sihat itu.

Untuk rekod, Ernie dan Syameel mendirikan rumah tangga pada 25 Mac dan dikurniakan cahaya mata pertama, Nur Khawla Soleha dilahirkan pada 22 Februari 2022.

Aqilah Paharuzi