Erysha Emyra Trauma & Cemas Kereta Tiba-Tiba Terbakar

Pelakon Erysha Emyra berkongsi dirinya berdepan dengan detik cemas apabila keretanya rentung  terbakar di sebuah lebuhraya, semalam.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Erysha menerusi beberapa hantaran di Instagram Story (Igs).

”Satu kejadian trauma menimpa saya ketika nak pergi kerja hari ni, tapi Alhamdulillah saya selama dan dalam keadaan yang baik.

“Bidding adieu to my blue friend, thank you for the times you’ve served,” tulisnya.

Menurut anak kepada Datin Noniswara Baharudin itu, keretanya terbakar secara tiba-tiba namun bersyukur dia sempat keluar dari kenderaan tersebut sebelum api lebih marak.

Malah, dalam perkongsian tersebut Erysha turut kedengaran menangis melihat keretanya terbakar.

“It caught on fire, and unfortunately couldn’t have been saved. But, Alhamdulillah i got out of the car in time, just panicking all the way.

“When bomba sampai, the car was burnt to crisp. Goodbye old friend,” katanya.

Setakat ini, Erysha masih belum berkongsi punca kejadian tersebut berlaku.

Fatin Nurain