“Esok Confirm Rakyat Malaysia Sibuk Nak Tengok Siapa Pergi Lepas Itu Condemn… Benci!” – Elfira Loy Bahas Isu Konsert Coldplay

Pelakon, Elfira Loy mempersoalkan mengenai isu hangat yang menjadi perbualan ramai di media sosial iaitu berhubung pembatalan konsert band antarabangsa, Coldplay.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs) miliknnya, Elfira bertanya sama ada isu tersebut timbul semata-mata untuk memberi ‘free marketing’.

Dalam hantaran yang sama, Elfira juga meluahkan rasa kesal apabila akan ada segelintir netizen yang bakal mengkritik mereka yang hadir ke konsert Coldplay.Yan

“Sorry okay. I tak pastilah kenapa perkara ini tak dibincangkan masa sebelum jualan tiket.. Kenapa mesti beberapa hari sebelum konsert?

“Adakah ini free marketing untuk setiap konsert luar datang Malaysia? sebab honestly saya tak ingat pun esok Coldplay datang Malaysia.

“Lepastu esok confirm rakyat Malaysia sibuk nak tengok Instagram (IG) siapa pergi pastu nak troll nak condem. Yihhh benci tau,” katanya berserta tanda pagar #sayatakpergi.

Sebelum ini, heboh di media sosial berkenaan saranan setengah pihak tenatng isu pembatalan konsert Coldplay demi menjaga sensitiviti rakyat Palestin dan Gaza teruk direjim oleh zionis tanpa sebarang belas kasihan.

Isu tersebut mendapat perhatian pelbagai golongan selebriti yang memberikan pendapat mereka masing-masing secara terbuka di media sosial.

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Artikel Berkaitan: Elfira Loy Berharap Dihindari Individu Talam Dua Muka – “Jangan Jadi Fake Depan Saya”

Aqilah Paharuzi