“Saya Akan Nyanyi Lagu Baru Yang Belum Dirilis” – Bunga Bersedia Membuka Tirai Konsert Coldplay Esok!

Penyanyi, Bunga sudah bersedia untuk membuka tirai di konsert band antarabangsa, Coldplay pada 22 November, esok bertempat di Stadium Bukit Jalil.

Menerusi video temu bual bersama Majalah Remaja, pelantun lagu Buai ini membuat pelbagai persediaan dan juga memperkukuhkan vokalnya.

“Nervous ada , saya excited tapi tak adalah 100 peratus bersedia tetapi saya amat bersedia. Saya sangat well-prepared, ada jamming, rehearsal, vocal class dengan guru vokal dan band,” ujarnya.

Sementara itu, Bunga turut berkata di konsert Coldplay itu nanti dia akan membawakan lagu dalam susunan runut bunyi baharu.

Selain itu, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari Jalaini teruja untuk memperkenalkan single terbaharunya buat pertama kali di konsert Coldplay yang bakal dirilis pada tahun hadapan.

“Ini pertama kali saya akan bawa lagu arrangament baru dan kemungkinan akan bawa lagu baru yang belum dirilis, Insya-Allah tahun depan baru rilis,” katanya.

Artikel Berkaitan: “Esok Confirm Rakyat Malaysia Sibuk Nak Tengok Siapa Pergi Lepas Itu Condemn… Benci!” – Elfira Loy Bahas Isu Konsert Coldplay

Artikel Berkaitan: “Saya Tak Setuju Kalau Kita Nak Samakan Konsert Aina Abdul Dengan Coldplay” – Lah Ahmad

Sumber: Majalah Remaja

Aqilah Paharuzi